Wujud pusat mualaf daerah, perkasa pendekatan dakwah lebih mesra dan holistik 

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah disaran mewujudkan sebuah Pusat Pembangunan Mualaf di peringkat daerah bagi memperkasa pendekatan dakwah dengan lebih mesra komuniti, holistik dan tidak bersifat birokratik. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal berkata, pusat yang dibangunkan hendaklah berteraskan model pembinaan sahsiah, akidah serta menyediakan latihan ekonomi asas.

“Isu membabitkan bimbingan pasca syahadah kepada saudara baharu perlu dilihat secara serius memandangkan ramai mualaf di kawasan luar bandar dan pedalaman masih belum menerima bimbingan sistematik.

“Mereka ini hanya menerima taklimat awal selepas memeluk Islam, namun selepas itu terkapai-kapai menghadapi pelbagai cabaran termasuk soal akidah, perkahwinan, pekerjaan bahkan tekanan daripada keluarga asal,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2025 di Dewan Undangan Negeri Sabah, pada Isnin. 

Justeru, Rina juga berharap pelaksanaan pusat berkenaan wajar membabitkan kerjasama antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa tempatan. 

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai keperluan pengurusan pembangunan perumahan rakyat yang lebih terancang melalui pelaksanaan kajian geospatial secara menyeluruh.

Katanya, ia bertujuan mengenal pasti keperluan sebenar kawasan yang benar-benar memerlukan pembinaan rumah mampu milik di negeri ini. 

Menurut Rina, perancangan bandar ketika ini dilihat tidak menjiwai realiti masyarakat apabila terlalu banyak pembinaan rumah mewah, sedangkan permohonan untuk rumah mampu milik kian bertambah.

“Saya menerima banyak permohonan rayuan rakyat untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) tetapi tiada satu pun yang mendapat kelulusan, walhal pemohon benar-benar layak dan memerlukan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar peruntukan tambahan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan digunakan untuk membangunkan sistem perancangan perumahan yang berasaskan data serta keperluan sebenar rakyat.

“Saya mencadangkan agar kuota khas rumah mampu milik diperkenalkan bagi golongan ibu tunggal, penjawat awam gred rendah dan anak muda berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.

“Peruntukan RM20 juta ini bukan sekadar angka di atas kertas, ia perlu diterjemahkan kepada tindakan yang sampai ke kawasan PPR yang uzur, taman perumahan tanpa lampu jalan, ketiadaan pondok keselamatan dan rumah rakyat yang sudah lama menanti bantuan,” tambahnya.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri