Jannie sokong pindaan cukai jualan, namun bimbang hak pembayar cukai terjejas

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Datuk Jannie Lasimbang menyokong Pindaan Enakmen Cukai Jualan Negeri Sabah 1998 namun turut menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa pindaan yang dilihat bakal menjejaskan hak pembayar cukai.

Jannie berkata, beliau menyokong pindaan itu kerana ia tidak hanya meningkatkan pendapatan Sabah tetapi juga membolehkan negeri mengawal dan mentadbir sistem percukaian dengan lebih berkesan.

“Namun, saya ingin menyatakan beberapa kebimbangan serius terhadap pindaan-pindaan dalam RUU ini, khususnya berkenaan Seksyen 17 yang memberi kesan besar kepada hak pembayar cukai di Sabah.

“Pindaan ini amat membimbangkan kerana melarang mahkamah daripada mendengar rayuan yang mempertikaikan jumlah cukai dan penalti yang dikenakan, walaupun ia terlalu tinggi, salah tafsir atau masih dalam proses rayuan pentadbiran.

“Impaknya, pembayar cukai wajib bayar dahulu, walaupun penilaian itu masih dalam pertikaian atau jelas tidak tepat.

“Ini mewujudkan prinsip “Bayar Dahulu, Jangan Bicara” yang secara tidak langsung menafikan hak untuk keadilan dan semakan kehakiman.

“Seksyen 15 yang membenarkan penalti kerana kecuaian juga membimbangkan. Dulu penalti hanya dikenakan jika ada unsur niat, tipu daya atau penipuan.

“Kini, dengan tambahan perkataan “cuai”, kesilapan tanpa niat pun boleh dikenakan penalti,” katanya semasa ucapan perbahasan di persidangan Dengan Undangan Negeri (DUN), di sini pada Selasa.

Jannie berkata, ia akan menambah beban dan risiko kepada pembayar cukai, terutama perniagaan kecil yang tidak mempunyai kepakaran cukai.

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai Seksyen 15A dan 15B berkenaan Penilaian Komposit, yang menurutnya menyukarkan pembayaran cukai, membuat semakan terperinci dan meningkatkan kesilapan yang besar kerana pihak berkuasa boleh menggabungkan cukai daripada pelbagai tempoh dan sumber dalam satu penilaian.

Jannie turut bimbang dengan lanjutan tempoh dari 3 ke 6 tahun untuk kerajaan menuntut semula bayaran cukai yang dikatakan silap seperti dalam Seksyen 22 kerana ia mewujudkan ketidakpastian jangka panjang kepada para pembayar cukai.

Beliau turut, membangkitkan kebimbangan terhadap Bahagian IXA iaitu kuasa baharu anti pengelakan cukai yang membolehkan pihak berkuasa menolak transaksi sah jika disyaki bertujuan elak cukai, mengubah harga kepada nilai pasaran, menganggap struktur perniagaan sebagai helah dan mengenakan surcaj tambahan.

“Implikasinya, kuasa ini terlalu luas dan mungkin digunakan secara retrospektif. Pembuktian pula dibebankan kepada pembayar cukai.

“Isu definisi “Loteri” dihapuskan (Seksyen 2) juga membimbangkan kerana walaupun definisi dihapuskan, ini tidak bermaksud hasil loteri dikecualikan cukai.

“Pihak berkuasa perlu jelas, adakah hasil loteri dikenakan cukai atau tidak? Kita tidak mahu kekaburan undang-undang,” ujarnya.

Tambahnya, tidak dinafikan sememangnya ada kebaikan pindaan ini kepada pembayar namun, manfaat sebenar seksyen-seksyen ini hanya akan tercapai jika kuasa-kuasa baharu ini dilaksanakan dengan adil, seimbang dan diselia dengan teliti.

Related Posts

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

MIRI – Taktik licik sindiket penipuan yang menyamar sebagai wakil agensi kerajaan membawa padah apabila lima peniaga kecil di bandar ini berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM28,160 akibat diperdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

MIRI – Lapangan Terbang Antarabangsa Miri bakal melalui proses pembesaran dan naik taraf berskala besar selepas Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM445 juta di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

Keyakinan Pas semakin tinggi, akar umbi mula persoal keperluan PN menjelang PRU16

Keyakinan Pas semakin tinggi, akar umbi mula persoal keperluan PN menjelang PRU16

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

Bukan sekadar sumber kayu, hutan pemacu utama ekonomi hijau Sarawak

Bukan sekadar sumber kayu, hutan pemacu utama ekonomi hijau Sarawak

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan