Bukan sekadar sumber kayu, hutan pemacu utama ekonomi hijau Sarawak

MIRI – Sarawak terus membuktikan komitmen jitu terhadap kelestarian alam sekitar apabila negeri terbesar di Malaysia ini masih berjaya mengekalkan lebih 62 peratus (daripada 14.2 juta hektar) keluasannya sebagai kawasan dilitupi hutan.

Pencapaian ini sekali gus menangkis tanggapan bahawa kepesatan pembangunan perlu mengorbankan alam semula jadi, sebaliknya kerajaan negeri kini menjadikan sektor perhutanan sebagai pemangkin utama memacu ekonomi hijau.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, bagi menjamin kelangsungan ekosistem tersebut, sekurang-kurangnya enam juta hektar tanah disasarkan untuk diwartakan di bawah Hutan Simpanan Kekal (PFE).

“Setakat ini, kita sudah melepasi angka empat juta hektar bagi PFE. Malah, bagi Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) yang menyasarkan seluas satu juta hektar, kita kini amat menghampiri matlamat itu.

“Jika dicampur kawasan daratan dan sumber perairan kita, keluasannya sudah mencecah 2.1 juta hektar. Ini adalah manifestasi kesungguhan kita dalam pengurusan hutan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2026 Peringkat Negeri Sarawak yang mengangkat tema ‘Hutan dan Ekonomi’ di sebuah hotel pada Ahad.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II menegaskan, Sarawak tidak menolak kemajuan fizikal namun menetapkan syarat ketat agar setiap kelulusan projek mematuhi piawaian kelestarian.

Jelasnya, penekanan diberikan kepada penguatkuasaan undang-undang, aplikasi teknologi canggih untuk pemantauan serta sistem pensijilan pengurusan hutan yang cekap bagi memastikan tiada penerokaan haram berlaku.

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada hutan semula jadi, negeri ini turut mengorak langkah agresif menerusi program penanaman semula dan pembukaan ladang hutan perindustrian.

Menariknya, kempen penanaman pokok Sarawak direkodkan mendahului sasaran pada peringkat kebangsaan apabila sebanyak 57 juta pokok telah berjaya ditanam sehingga kini.

Menurut Awang Tengah yang turut memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), hala tuju sektor perhutanan ini adalah sangat selari dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030).

Hutan di Sarawak kini tidak lagi dilihat sekadar sumber kayu balak atau penyumbang hasil langsung kerajaan, sebaliknya ia merupakan aset terpenting dalam mencipta rangkaian peluang pekerjaan baharu berasaskan kelestarian alam masa depan.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin; Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau dan Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat susulan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran