Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

MIRI – Taktik licik sindiket penipuan yang menyamar sebagai wakil agensi kerajaan membawa padah apabila lima peniaga kecil di bandar ini berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM28,160 akibat diperdaya tawaran tender tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah menerima lima laporan polis berkaitan kejadian tersebut pada 23 Mei lalu.

Menurut beliau, kesemua mangsa yang terdiri daripada peniaga bunga dan hadiah dipercayai menjadi sasaran sindiket berkenaan sebelum dihubungi individu yang menyamar sebagai kakitangan sebuah agensi kerajaan.

“Suspek menawarkan kononnya tempahan doorgift (cenderahati) untuk agensi terbabit, sebelum mengarahkan mangsa membekalkan barangan tertentu yang sebenarnya di luar bidang perniagaan mereka.

“Mangsa turut diberikan nombor telefon pihak yang didakwa sebagai pembekal dan seterusnya diminta membuat pembayaran secara dalam talian ke akaun yang dipercayai akaun keldai milik sindiket,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa hanya menyedari mereka telah ditipu selepas membuat semakan dengan agensi yang terlibat.

Tegasnya, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika sabit kesalahan, suspek boleh berdepan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, berserta sebatan dan denda.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap sebarang tawaran pesanan atau tender dalam talian, khususnya yang menyalahgunakan nama agensi kerajaan mahupun syarikat swasta.

Jelas beliau, pengesahan perlu dilakukan terlebih dahulu dengan pihak agensi berkaitan sebelum sebarang urusan diteruskan.

“Masyarakat juga diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan penggunaan surat rasmi atau letterhead, kerana ia boleh dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai disaran menyemak nombor telefon dan akaun bank yang meragukan melalui portal Semak Mule PDRM sebelum membuat transaksi kewangan,” tambahnya.

Beliau turut menggesa mangsa yang telah melakukan pindahan wang untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi tindakan lanjut, selain menyarankan penggunaan aplikasi Whoscall bagi membantu mengenal pasti panggilan yang mencurigakan.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit