Kerajaan Sabah gazet dua ekar tanah, tempatkan semula keluarga terjejas perobohan

KOTA KINABALU – Sebanyak enam keluarga yang terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Nelayan 1 Likas kini boleh menarik nafas lega selepas Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan penempatan baharu di tapak seluas dua ekar tanah yang digazetkan di bawah hak milik MLGH (Sabah) Sdn. Bhd.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan perkara itu ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Darau, Azhar Matussin semasa persidangan DUN Sabah ke-16, di sini pada Isnin.

Hajiji berkata, tanah tersebut dikenali sebagai CL.015669799 telah diambil secara rasmi di bawah Seksyen 3, Ordinan Pengambilan Tanah Bab 69.

“Pengambilan tanah CL.015669799 seluas dua ekar untuk tujuan penempatan kampung adalah di bawah hak milik MLGH (Sabah) Sdn. Bhd. dan bukannya Rimdaya Sdn Bhd.

“Perisytiharan pengambilan tanah di bawah seksyen 3, Ordinan Pengambilan Tanah Bab 69 telah disiarkan dalam Warta Kerajaan di bawah Gazette Number G.N.210/2025 bertarikh 5 Jun 2025 dan diulangi pada 12 Jun 2025.

“Surat kebenaran masuk kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi mengambil alih tapak untuk tujuan penempatan dan surat tawaran pampasan tanah kepada MLGH (Sabah) Sdn. Bhd. dikemukakan pada 30 Jun 2025,” katanya.

Jelasnya, penduduk kampung boleh berpindah masuk ke kawasan itu sebaik selesai tatacara aturan dan susun atur yang akan dilaksanakan oleh DBKK.

“Sepertimana yang saya sebutkan tadi bahawa tanah ini telah pun kita gazetkan.

“Terpulang kepada DBKK dan juga penduduk kampung untuk sedia memasuki kawasan tersebut bila-bila masa setelah siap tata cara aturan dan susun atur yang akan dilaksanakan oleh DBKK,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi