Ramly Burger tak jadi naikkan harga

SYARIKAT makanan sejuk beku, Ramly Burger bersetuju menangguhkan cadangan untuk menaikkan harga produk keluaran syarikat itu, kata Datuk Armizan Mohd Ali.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi pertemuan syarikat itu bersama kementerian yang diadakan pada Selasa lalu, lapor Astro Awani.

“KPDN mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan untuk mendapatkan justifikasi kenaikan harga yang dirancang oleh syarikat tersebut.

“Syarikat Ramly Burger bersetuju untuk tangguh kenaikan harga barang buat sementara waktu,” katanya.

Pada masa sama, Armizan berkata, syarikat pembekal ais, Sim Yang Hok Industries Sdn Bhd turut menafikan dakwaan kononnya menaikkan harga produknya daripada RM3.70 kepada RM6, kerana peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai lalu.

“Mereka menjelaskan tiada sebarang notis rasmi dikeluarkan dan telah membuat laporan polis berhubung mesej tular itu,” katanya.

Tegas Armizan, kedua-dua syarikat itu menjelaskan bahawa sebarang cadangan kenaikan harga adalah disebabkan kos operasi dan bukan berpunca daripada pelaksanaan SST.

Beliau turut menasihati mana-mana syarikat agar berunding dengan KPDN sebelum melaksanakan kenaikan harga, bagi memastikan ia tidak melanggar undang-undang pencatutan.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan kononnya sebuah syarikat pengeluar air akan menaikkan harga produk daripada RM3.70 kepada RM6 untuk sebongkah air.

Manakala syarikat Ramly Burger pula didakwa akan menaikkan harga produk sebanyak 10 peratus bermula bulan ini, susulan pelaksanaan SST.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik