Kamu tetap permata negara, kata PM

“KAMU tetap permata negara,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang.

Beliau berkata demkian menerusi hantaran di laman X bagi mengubati kekecewaan yang melanda Azizul setelah impian pingat emas pertama negara di pentas Olimpik lebur selepas Azizulhasni sah tersingkir dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam pada itu, rata-rata warganet yang membalas hantaran Anwar itu turut memberikan kata-kata semangat kepada Azizul agar tidak patah semangat dalam meneruskan kariernya mengharumkan nama negara.

“Terima kasih untuk perjalanan karier yg hebat dato @AzizulAWANG. Semangat yg luar biasa harus dijadikan contoh atlet lain,” kata @fatheema.

“Kau tengok Jijoe, PMX pun sayang hang #terimakasihdatoazizul,” ujar @nuofating.

Ia susulan senarai nama pelumba repechages yang dikeluarkan penganjur tidak tertera nama pelumba berusia 36 tahun dari Terengganu itu.

Pihak pasukan Azizulhasni iaitu jurulatih, John Beasley dan pengurus pasukan, Izham Mohammad terus berjumpa dengan pihak panel komisar sejurus kejadian dan menjelaskan keadaan dan memohon untuk mereka lihat kembali video perlumbaan serta keputusan.

Namun, pihak panel memilih untuk kekal dengan keputusan yang sama.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak