PKR Cabang Kimanis jalin hubungan erat dengan IPD Beaufort

BEAUFORT – Jawatankuasa PKR Cabang Kimanis terus memperkukuh dan mempereratkan kerjasama hubungan dua hala melalui kunjungan hormat ke atas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Delegasi yang diketuai oleh Ketua Cabang PKR Kimanis, Niki Mohan Singh Ramday bersama lima wakil lain, disambut mesra oleh Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Wong Leong Meng bersama barisan pegawai IPD.

Dalam pada itu, Niki menzahirkan penghargaan kepada pihak polis atas sambutan dan kesediaan IPD Beaufort untuk menerima kunjungan tersebut.

“Kunjungan ini bukan sekadar memperkenalkan barisan kepimpinan cabang, tetapi juga sebagai tanda sokongan kami terhadap peranan penting PDRM dalam menjaga keselamatan masyarakat,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Isnin.

Sementara itu, Wong berkata pertemuan tersebut bertepatan dengan keperluan semasa, terutamanya dalam menghadapi persediaan awal menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Kami amat mengalu-alukan inisiatif seperti ini kerana ia membuka ruang komunikasi yang lebih baik antara agensi keselamatan dan parti-parti politik.

“Hubungan yang erat ini penting dalam memastikan suasana aman dan stabil menjelang PRN,” katanya.

Dalam pertemuan tersebut, Wong turut berkongsi perkembangan semasa berkaitan aspek keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya melibatkan kawasan kampung serta perumahan.

Tambahnya, beliau menyeru agar masyarakat sentiasa menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dengan menyalurkan maklumat tepat bagi membendung aktiviti jenayah.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat