Terima kasih Putrajaya lulus RM6.6 juta baiki cerun runtuh

PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meluluskan lebih RM6 juta bagi kerja baik pulih cerun runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, dekat Tanah Merah.

Menteri Besarnya, Datuk Nassuruddin Daud menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, kerajaan persekutuan bersetuju menyalurkan RM6,612,200 bagi kerja baik pulih cerun terbabit, yang runtuh susulan hujan lebat berterusan pada 26 November tahun lalu.

“Kerajaan Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kelulusan yang amat bermakna ini buat rakyat bagi memastikan masalah ini dapat diatasi dengan segera,” katanya.

Menteri Besar itu turut memuat naik gambar menunjukkan sesi perbincangan antara beliau dan Anwar berkaitan kelulusan peruntukan berkenaan.

“Suara rakyat akan terus dibawa dengan semangat budaya politik matang dan sejahtera yang juga menzahirkan semangat federalisme yang tinggi antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan demi kebaikan rakyat,” tambahnya.

Nassuruddin berkata, kerajaan Kelantan mengemukakan permohonan kepada Putrajaya bagi menangani insiden cerun runtuh, susulan hujan berterusan menyebabkan pergerakan tanah sepanjang 130 meter dan mengakibatkan kerosakan struktur ‘sheet pile’ di LRA itu.

Antara kerosakan lain adalah paip air mentah dan terawat pecah serta mengancam bangunan penting seperti bilik klorin, tangki bahan kimia dan sub-stesen milik Tenaga Nasional.

Katanya, kerajaan Kelantan meluluskan peruntukan berjumlah RM235,000 bagi pelaksanaan dua kajian oleh Jabatan Kerja Raya, iaitu Kajian Siasatan Tanah dan Kajian Ukur Terperinci di kawasan runtuhan itu.

Related Posts

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

KLANG – Kediaman strata seharusnya menjadi aset yang meningkatkan kualiti hidup pemilik, bukannya bertukar menjadi ‘perangkap’ akibat masalah hak milik, kemudahan asas dan pengurusan yang berlarutan. Menteri Besar Selangor, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu baja lewat, pengarah urusan dibebaskan dengan jaminan SPRM

ALOR SETAR – Pengarah urusan syarikat pembekal baja yang direman bagi membantu siasatan isu kelewatan pengagihan baja sebatian tambahan (Baja 3) dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Suspek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Isu baja lewat, pengarah urusan dibebaskan dengan jaminan SPRM

Isu baja lewat, pengarah urusan dibebaskan dengan jaminan SPRM

SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

  • By Fatin
  • September 17, 2026
SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40