Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar keluhan rakyat.

Penjawat awam, Azhar Othman dari Pokok Sena berkata, pengumuman oleh PMX tempoh hari merupakan rahmat buat rakyat di Malaysia ini.

Katanya, kenaikan diesel tempoh hari menyebabkan ramai pemilik kenderaan diesel mengeluh hingga ada segelintir terpaksa menjualnya kerana tidak mahu menanggung beban.

“Saya yang mengguna kenderaan diesel ini setiap hari berulang alik dari Pokok Sena hingga Yan sangat terkesan.

“Bagi menjimatkan perbelanjaan saya terpaksa menunggang motorsikal walaupun jaraknya sangat jauh. Bagaimanapun dengan pengumuman oleh PM baru-baru ini memberi semangat baharu untuk terus bekerja,” katanya.

Menurut Azhar yang merupakan bapa kepada lima orang anak itu, pengumuman oleh PMX itu menunjukkan memberi petanda seorang pemimpin yang sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat hari ini.

“Justeru itu saya berharap PM akan terus memimpin Malaysia pada penggal akan datang supaya kehidupan rakyat tidak tertekan dan menjadi sebutan nama Malaysia di luar negara,” ujarnya.

Bagi Amran Ismail dari Jitra pula menganggap pengumuman yang akan dikuatkuasa pada 1Julai nanti merupakan hadiah kepada rakyat Malaysia.

Katanya, pengumuman itu menyebabkan pengguna kenderaan diesel mampu mula tersenyum selepas dibebankan harga tinggi selama ini.

“Sebelum ini saya tiada pilihan terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu kerana masuk ke kampung mencari buah-buahan dari kampung untuk dipasarkan.

“Ini menyebabkan kos perniagaan tinggi hingga kadang kalanya saya terpaksa menampung dari wang simpanan.

“Malah ada di kalangan peniaga terpaksa menjual kenderaan ini kerana sudah tidak mampu,” katanya.

Bagaimanapun dengan pengumuman baru-baru ini memberi cahaya kembali kepada peraih buah-buahan di kawasan ini yang kebanyakkannya menggunakan kenderaan diesel ini untuk mencari nafkah.

Menurut Amran, pengumuman oleh PMX itu jelas nenunjukkan perjuangannya selama ini adalah untuk rakyat semata-mata.

Justeru itu. rakyat Malaysia perlu bersyukur mendapat seorang pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat.

Oleh itu tidak hairanlah kepimpinan PMX ini bukan sahaja mendapat pujian oleh rakyat Malaysia , malah mendapat perhatian rakyat dari negara jiran.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan