RM410 juta untuk 830,000 penerima STR di Sabah bagi Fasa 1 dan 2

BELURAN – Seramai hampir 830,000 rakyat di Sabah menerima manfaat daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setakat Fasa 1 dan Fasa 2 tahun ini dengan jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM410 juta.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, dua lagi fasa pembayaran dijadualkan pada Ogos dan November 2025 sebagai sebahagian usaha Kerajaan MADANI untuk memastikan rakyat menerima manfaat ini, khususnya di pedalaman.

“Lawatan saya ke Beluran bukan sekadar untuk menyampaikan bantuan, tetapi juga untuk turun padang dan menyantuni sendiri rakyat yang selama ini jarang kedengaran suaranya, tetapi tidak pernah dilupakan,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Menurut beliau, lawatan kerja tersebut turut melibatkan pelaksanaan Program Penunaian STR bagi kawasan pedalaman Sabah serta penyampaian Sumbangan Asas Rahmah (SARA), selain Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas pada harga rendah.

“Sehubungan itu, satu inisiatif Bank Simpanan Nasional (BSN) juga menyediakan Cawangan Bank Bergerak (CBB) bagi mendapatkan kemudahan perbankan asas termasuk pembukaan akaun bank,” katanya.

Program itu turut mendapat kerjasama MyKasih Foundation, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Dalam pada itu, sambutan tersebut mencerminkan keberkesanan pendekatan Kerajaan dalam memastikan bantuan disampaikan terus kepada penerima yang layak.

Beliau menegaskan Kerajaan MADANI akan terus komited memastikan setiap rakyat menikmati hasil pembangunan negara menerusi pengurusan fiskal yang mampan, inklusif dan telus.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK