Herpes bukan aib: Kenali punca, gejala dan cara rawatan

BARU-BARU ini seorang pempengaruh dan peniaga memuat naik video di media sosial bahawa dia dijangkiti herpes di bahagian mulut.

Dalam video tersebut, dia dan suaminya hadir ke klinik apabila mengalami bintik-bintik kecil dan kebas pada bibir dan doktor mengesahkan jangkitan tersebut.

Perkara ini turut mendapat perhatian dari netizen yang berpendapat berkongsi hal itu seperti membuka aib sendiri dan tidak sesuai dikongsikan di media sosial.

Walau bagaimanapun, kita juga harus mengambil peluang ini untuk mendidik diri kita tentang apa itu herpes, bagaimana ia berjangkit, serta cara mencegah dan menguruskannya dengan lebih baik.

Apabila topik ini terus tular, seorang doktor di Twitter, Dr. Samhan, tampil memberikan penjelasan lanjut bagi memperjelaskan keadaan.

Jadi apa yang kita perlu tahu tentang herpes?

Herpes bukan semata-mata berpunca daripada lelaki.

Virus ini sangat mudah berjangkit, dan ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah membawa virus ini sejak zaman kanak-kanak lagi.

Ada kalanya jangkitan berlaku sejak kecil — melalui ciuman daripada ahli keluarga, berkongsi sudu, atau penggunaan tuala yang sama.

Apa itu herpes?

Herpes ialah jangkitan virus biasa yang disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Terdapat dua jenis utama:

  1. HSV-1: Biasanya menyebabkan luka sejuk (cold sores) di sekitar mulut, tetapi juga boleh menyebabkan jangkitan genital.
  2. HSV-2: Biasanya menyebabkan herpes genital, tetapi boleh juga menjangkiti mulut.

Cara jangkitan

  • Sentuhan kulit ke kulit, terutamanya ketika seseorang mengalami outbreak (ada luka).
  • Ciuman walaupun tanpa luka.
  • hubungan seks vaginal, oral atau anal bersama individu yang telah dijangkiti.
  • Perkongsian barang peribadi (jarang) seperti lip balm atau pisau cukur.

Gejala herpes

Kadang-kadang tiada gejala langsung, tapi bila ada:

  • Luka berair atau lepuh yang menyakitkan di kawasan mulut bagi herpes mulut dan benjolan, lepuh atau luka terbuka di kawasan kemaluan atau dubur bagi herpes genital.
  • Rasa terbakar, gatal atau kesemutan sebelum luka muncul.
  • Demam ringan, kelenjar bengkak, atau sakit badan (pada jangkitan pertama).

Cara merawat herpes?

Bagi individu yang mengalami herpes mulut yang diaktifkan oleh cahaya matahari, elakkan pendedahan kepada matahari dan gunakan pelindung matahari (sunscreen) untuk mengurangkan risiko jangkitan berulang.

Untuk mengurangkan gejala herpes mulut, anda boleh:

  • Minum minuman sejuk atau hisap ais krim/ais ketul.
  • Ambil ubat tahan sakit yang boleh dibeli di farmasi (over-the-counter).

Untuk herpes genital, anda boleh:

  • Duduk dalam air suam selama 20 minit (tanpa sabun).
  • Pakai pakaian longgar dan selesa.
  • Ambil ubat tahan sakit yang boleh dibeli di farmasi.

Cara mengurangkan risiko penyebaran herpes termasuk:

  • Berbincang secara jujur dengan pasangan tentang status herpes.
  • Elakkan hubungan seks semasa ada simptom, dan sentiasa gunakan kondom.
  • Jangan berkongsi barangan yang terkena air liur (bagi herpes mulut).

Mitos vs fakta tentang herpes

MITOSFAKTA
Herpes hanya berlaku pada orang yang aktif seks secara liar. Sesiapa pun boleh mendapat herpes — walaupun hanya ada satu pasangan seumur hidup. Ia boleh berjangkit daripada pasangan yang tak tahu dia ada herpes sebab kadang-kadang tiada simptom langsung.
Kalau tiada simptom, maksudnya tak berjangkit.Herpes boleh menular walaupun tiada luka atau gejala – ini dipanggil asymptomatic shedding. Sebab itu ia mudah tersebar tanpa disedari.
Herpes hanya jangkiti kawasan alat sulit.Tidak benar. HSV-1 biasanya sebabkan luka di mulut (cold sores), tapi juga boleh jangkiti alat sulit melalui seks oral. HSV-2 biasanya sebabkan herpes genital, tapi juga boleh berpindah ke mulut.
Kalau ada herpes, tak boleh ada hubungan romantik atau seks lagi.Ramai orang dengan herpes masih menjalin hubungan sihat dan bahagia. Dengan kejujuran, perlindungan (kondom) dan ubat antivirus, risiko penularan boleh dikurangkan secara ketara.
Herpes sangat jarang berlaku. Herpes sangat biasa. WHO menganggarkan lebih 3.7 bilion orang bawah umur 50 tahun ada HSV-1, dan lebih 500 juta ada HSV-2 berumur 15 sehingga 49 tahun di seluruh dunia.
Herpes boleh sembuh sepenuhnya.Tiada penawar buat masa ini. Virus kekal dalam badan dan boleh menjadi aktif semula (outbreak). Teapi, ubat boleh kawal outbreak dan kurangkan risiko menjangkiti orang lain.
Kalau pasangan ada herpes, awak pasti akan dijangkiti.Tidak semestinya. Dengan langkah pencegahan (pakai kondom, makan ubat antivirus, elak hubungan ketika outbreak), ramai pasangan tak dijangkiti walaupun bersama bertahun-tahun.

Related Posts

Sindiran ‘ubi bombing’ Prabowo serlah kegagalan komunikasi krisis peringkat masyarakat serantau

KENYATAAN Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengenai usul penggunaan tepung ubi untuk memadam kebakaran hutan mencetuskan kebimbangan masyarakat serantau akibat kelemahan strategik komunikasi krisis pentadbirannya. Idea inovatif itu pada asalnya dikemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HKHM 2026: Dari nasi lemak hingga roti canai, rasa Malaysia kekal di hati

PUTRAJAYA – Kaum dan budaya bukan sahaja menjadi identiti Malaysia, malah makanan tempatan turut menjadi antara perkara yang paling dirindui rakyat Malaysia ketika berada di luar negara. Menerusi tinjauan The…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017