Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

LUMUT – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A bersama 10 individu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak selepas disyaki menyalahgunakan syarat lesen vesel untuk menjalankan aktiviti memancing rekreasi di perairan negeri itu, pada Sabtu.

Vesel terbabit ditahan kira-kira jam 3.06 petang pada kedudukan 1.7 batu nautika barat laut Pulau Tukun Perak ketika aset Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan penguatkuasaan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, pemeriksaan mendapati terdapat 10 warga Malaysia berada di atas vesel berkenaan, membabitkan seorang tekong, seorang kru dan lapan pemancing berusia antara 16 hingga 60 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati vesel berkenaan disyaki melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 apabila digunakan bagi tujuan selain daripada yang dilesenkan.

“Vesel tersebut disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti memancing rekreasi tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kesemua individu bersama vesel berkenaan kemudian ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut.

Mohamad Shukri berkata, Maritim Malaysia memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan lesen vesel dan tidak akan berkompromi terhadap pengusaha yang menggunakan vesel di luar skop pelesenan ditetapkan.

Katanya, operasi serta rondaan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan setiap vesel mematuhi syarat lesen dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Pengusaha serta komuniti nelayan diingatkan bahawa lesen vesel dikeluarkan bagi tujuan dan aktiviti yang ditetapkan.

“Sebarang penggunaan vesel di luar skop yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Foto: Maritim Perak

  • Related Posts

    ‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

    KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

    TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

    Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

    Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

    Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

    Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

    Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

    Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

    Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

    ‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

    • By Ezmie
    • October 6, 2026
    ‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

    Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

    Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh