Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

GERIK – Seorang bayi perempuan antara empat yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan dua kereta di Lebuhraya Timur Barat dari arah Kelantan menghala ke Gerik, di sini, tengah hari Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.56 tengah hari itu, kesemua mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan bayi perempuan yang berada dalam sebuah Perodua Axia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd Rais Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.56 tengah hari sebelum menggerakkan sepasukan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi.

Menurutnya, jentera tiba di tempat kejadian pada jam 1.42 petang, kira-kira 41 kilometer dari BBP Gerik.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah lori dengan dua kereta.

“Empat mangsa yang maut berada di dalam kereta Perodua Axia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki yang turut berada dalam kenderaan berkenaan mengalami kecederaan.

Operasi menyelamat membabitkan lapan anggota BBP Gerik dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Mohd Rais berkata, operasi berada dalam keadaan terkawal pada jam 2.25 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.38 petang.

Foto: Bomba Perak

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan