DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum Proklamasi 19 April 2026 dikeluarkan supaya mengemukakan bukti proses berkenaan.

Dalam Perutusan Rasmi Setiausaha DKU bertarikh 4 Oktober, dewan itu berkata, tiada rekod rasmi menunjukkan penyiasatan seperti yang dikehendaki Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS) dilaksanakan terhadap Tuanku Muhriz.

Menurut perutusan atas nama Setiausaha DKU, Raja Norazli Raja Nordin, tiada rekod penyiasatan, minit, laporan atau dapatan dalam rekod Setiausaha Dewan yang menunjukkan proses berkenaan pernah dijalankan.

“Tiada rekod/minit/laporan/dapatan penyiasatan sedemikian dalam rekod Setiausaha Dewan,” menurut perutusan itu.

DKU berkata, Perkara 10 UUTKNS menetapkan keperluan “penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya” oleh Undang sebelum sebarang tindakan meminta Yang di-Pertuan Besar meletakkan jawatan atau turun takhta boleh dibuat.

Dewan itu turut mempersoalkan asas untuk menyifatkan tiga soalan yang dikemukakan kepada Tuanku Muhriz pada 5 Mac 2026, diikuti tempoh 45 hari, sebagai penyiasatan yang memenuhi kehendak Perkara 10.

“Tiga soalan dan tempoh 45 hari bukan penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya,” menurut DKU.

Dalam pada itu, DKU berkata, Tuanku Muhriz tidak diberikan notis sewajarnya berhubung penyiasatan berkenaan serta tidak diberikan peluang yang bermakna untuk menjawab dakwaan yang dikemukakan terhadap baginda.

Menurut dewan itu, penyiasatan di bawah Perkara 10 perlu merangkumi proses mendapatkan fakta, menilai keterangan dan merekodkan dapatan, bukannya sekadar mengemukakan beberapa soalan sebelum menunggu tempoh tertentu.

“Panjangnya sesuatu kenyataan, pengulangan sesuatu dakwaan atau penggunaan bahasa adat tidak boleh menggantikan pematuhan kepada syarat-syarat mandatori Perkara 10 UUTKNS 1959,” menurut perutusan itu.

Related Posts

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

LUMUT – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A bersama 10 individu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak selepas disyaki menyalahgunakan syarat lesen vesel untuk menjalankan aktiviti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017