Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1 (F1).

Anwar turut meluangkan masa menyantuni peminat F1 yang hadir selain meninjau Karnival Litar Rasa MADANI yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan.

Beliau berkata, suasana di lokasi berkenaan meriah dengan pemandangan litar yang menarik, selain pengunjung berpeluang menikmati pelbagai makanan dan minuman termasuk snek serta makanan ringan yang ditawarkan peniaga tempatan.

“Meriah suasana di sini, dengan pemandangan litar yang menarik serta Karnival Litar Rasa MADANI yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan.

“Sambil menikmati perlumbaan di litar, bolehlah menjamu selera dan menyokong peniaga kita!” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, penganjuran karnival berkenaan antara usaha memastikan kemeriahan F1 turut memberi limpahan manfaat ekonomi kepada peniaga tempatan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua agensi yang terbabit dalam menjayakan karnival berkenaan.

Kepulangan F1 ke SIC selepas sembilan tahun bukan sahaja menarik perhatian peminat sukan permotoran, malah membuka peluang kepada usahawan mikro tempatan memperluas pasaran menerusi Litar Rasa MADANI yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober.

Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah Grand Prix (GP) Malaysia di SIC dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.

Related Posts

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

GEORGE TOWN – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka pindaan undang-undang bagi memperberat hukuman terhadap individu yang mencuri kabel landasan kereta api, termasuk meningkatkan tempoh pemenjaraan dan kadar denda. Menteri Pengangkutan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berkemungkinan diadakan pada 12 atau 19 Disember depan, namun tarikh berkenaan masih bersifat spekulasi dan belum mendapat pengesahan rasmi. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembinaan jeti Lawas perlu dipercepat, mudahkan penghantaran barangan

Pembinaan jeti Lawas perlu dipercepat, mudahkan penghantaran barangan

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat

PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad