Pelajar Sarawak dinobat Pelajar Terbaik STPM 2024 aliran Sains peringkat kebangsaan

KUCHING – Pelajar cemerlang dari Sarawak, Kong Wei Hang telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2024 bagi aliran Sains bagi peringkat kebangsaan selepas meraih keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, pencapaian luar biasa pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Merah, Sibu, itu menyerlahkan potensi pelajar negeri ini dalam pendidikan bertaraf prauniversiti.

“Pencapaian Kong membuktikan kemampuan pelajar Sarawak untuk bersaing di peringkat tertinggi dan menjadi contoh kepada calon-calon lain di masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Peringkat Sarawak di Yayasan Sarawak, hari ini.

Selain itu, Omar turut mengumumkan seramai 92 calon STPM di Sarawak berjaya memperoleh PNGK 4.00 tahun lepas, berbanding 88 orang pada 2023, mencatatkan peningkatan sebanyak 0.06 peratus.

“Saya yakin bahawa pencapaian membanggakan ini akan membuka lebih banyak peluang untuk pelajar-pelajar Sarawak melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara”, ujarnya.

Foto: Bilik Berita CATS

Related Posts

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

KEPALA BATAS – “Kalau nak ikut, kami (pesawah) tanam padi ini pun sebab nak teruskan warisan yang diusahakan oleh mak ayah kami sahaja. Kalau bukan sebab itu, baik kami jual…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM