Hanyut tiga hari di laut, dua nelayan Indonesia diselamatkan TLDM

LUMUT – Dua nelayan warga Indonesia yang hanyut di lautan selama tiga hari akibat kerosakan enjin bot akhirnya berjaya diselamatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu operasi penuh berperikemanusiaan, lewat malam Isnin.

Menurut jurucakap Cawangan Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, kedua-dua nelayan berusia 23 dan 25 tahun itu memulakan perjalanan dari Tanjung Balai, Indonesia pada 19 Jun untuk menangkap ikan di perairan antarabangsa.

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila bot yang dinaiki mengalami kerosakan enjin pada pagi Sabtu, menyebabkan ia hanyut di laut bergelora selama tiga hari dan hanya dikendalikan secara manual.

“Setelah bertarung dengan keletihan dan ombak laut, mereka akhirnya berjaya mengemudi bot menghampiri Pulau Jarak yang terletak 39 batu nautika (kira-kira 72 kilometer) dari barat Kuala Perak pada tengah malam Isnin,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kru Stesen Jarak TLDM yang menyedari kehadiran bot tersebut segera memberikan bantuan kecemasan, termasuk perlindungan sementara serta bekalan makanan dan keperluan asas lain.

Bot berkenaan turut dibaiki oleh pasukan TLDM sebelum maklumat insiden itu disalurkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak untuk tindakan lanjut.

“Setelah selesai kerja-kerja pembaikan, bot tersebut akan diiringi keluar dari perairan negara oleh kapal KM Malawali,” jelas kenyataan itu lagi.

TLDM menegaskan komitmennya sebagai sebuah institusi pertahanan maritim negara yang sentiasa peka terhadap keselamatan dan kebajikan komuniti laut, tanpa mengira kewarganegaraan.

“Bantuan akan terus dihulurkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, selaras dengan prinsip kemanusiaan sejagat serta undang-undang dan konvensyen antarabangsa,”ujarnya.

Related Posts

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

KEPALA BATAS – “Kalau nak ikut, kami (pesawah) tanam padi ini pun sebab nak teruskan warisan yang diusahakan oleh mak ayah kami sahaja. Kalau bukan sebab itu, baik kami jual…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM