Wanita rugi RM1.68 juta penangan skim pelaburan oleh adik angkat dari Hong Kong

GEORGE TOWN – Seorang pesara syarikat swasta kerugian RM1.68 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian dikenali sebagai FXCM yang diperkenalkan oleh adik angkatnya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, berdasarkan siasatan awal, wanita berusia 57 itu dikatakan diperdaya oleh suspek lelaki yang mendakwa berasal dari Hong Kong selepas mereka berkenalan selama tiga minggu melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, suspek kemudian memperkenalkan pelaburan FXCM yang kononnya menjanjikan pulangan sebanyak 10 peratus dalam tempoh singkat.

“Mangsa diminta memuat turun aplikasi FXCM melalui pautan yang diberikan, mendaftar sebagai ahli dan membuat pelaburan awal berjumlah USD2,000 (RM8,716) pada 18 Mac lalu.

“Selepas membuat pelaburan itu, mangsa menerima pulangan keuntungan sebanyak RM10,023,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah berkata, disebabkan percaya pelaburan tersebut sah dan menguntungkan, mangsa kemudiannya membuat 36 transaksi pemindahan wang ke dalam 20 akaun bank milik syarikat yang berbeza antara 14 Mac hingga 14 Jun

Namun, katanya, apabila mangsa cuba mengeluarkan keuntungan melalui aplikasi tersebut, ia gagal dan diminta membuat bayaran tambahan.

“Disebabkan rasa tertipu, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Ahad,” katanya lagi.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sebarang skim pelaburan yang ditawarkan dalam talian, terutama melalui media sosial.

“Pastikan entiti atau individu berkenaan mempunyai kelulusan sah daripada Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menawarkan produk atau perkhidmatan pasaran modal.

“Gunakan juga portal rujukan seperti Semak Sebelum Labur sebelum membuat keputusan pelaburan,” katanya lagi.

Related Posts

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

MUKAH – Penganjuran pesta Kaul Mukah perlu diteruskan sebagai platform penting bagi memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak, selain menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan negeri. Timbalan Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar