CAAM jadi badan bebas sepenuhnya mulai Ogos

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju menjadikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebagai Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan (BBDSB) berkuat kuasa 1 Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui Jemaah Menteri pada 11 Jun lalu, yang meluluskan cadangan menjadikan CAAM sebagai BBDSB.

“Ini bermaksud badan berkanun ini tidak lagi memerlukan suntikan kewangan daripada kerajaan melalui peruntukan tahunan.

“Pada masa sama, ia juga tidak tertakluk kepada sistem saraan kerajaan.

“Ia dibebaskan saraan dan diasingkan daripada kerajaan. Jadi, ia akan menjadi satu badan yang bebas dari segi kewangan dan juga saraannya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loke menjelaskan, keputusan itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan memperkukuh institusi penerbangan negara.

“Ia bagi memastikan Malaysia kekal sebagai negara yang mempunyai sistem kawal selia penerbangan teknikal dan ekonomi berwibawa, kompeten dan menepati piawaian antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, CAAM mempunyai keupayaan untuk bergerak sebagai BBDSB kerana mencatatkan sejumlah keuntungan menerusi caj tertentu antaranya kepada syarikat penerbangan antarabangsa serta pihak yang menggunakan ruang udara Malaysia.

“Jadi sekarang, anggaran pendapatan kami untuk tahun ini adalah kira-kira RM400 juta.

“Kami mengumpul kira-kira RM150 juta dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

“Jadi, hasil untuk lima bulan pertama tahun ini melebihi keseluruhan tahun lepas.

“Itu telah memberi kami keyakinan bahawa ia akan bebas dari segi kewangan, mampan dari segi kewangan. Itu juga adalah satu daripada syarat penting bagi Kabinet dan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk menjadikan CAAM sebagai BBDSB,” katanya.

Related Posts

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

PADANG BESAR – Kajian analisis keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dilaksanakan bersama tiga universiti tempatan mendapati program itu memberi impak positif terhadap pembangunan pelatih. Ketua Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah