Malaysia, Korea Selatan sepakat perkukuh kerjasama dua hala

PRESIDEN Korea Selatan, Lee Jae Myung, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah bersetuju untuk memperluas hubungan dua hala antara kedua-dua negara secara lebih substantif dan saling menguntungkan.

Kesepakatan ini dicapai menerusi perbualan telefon rasmi pertama antara kedua-dua pemimpin pada Isnin lalu.

Menurut kenyataan Pejabat Presiden Korea Selatan yang dipetik oleh agensi berita Yonhap, antara tumpuan utama dalam perbualan itu ialah usaha untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dan Korea Selatan dalam masa terdekat.

Jurucakap Presiden Korea Selatan, Kang Yu-jung, memaklumkan bahawa kedua-dua pemimpin berkongsi komitmen untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang strategik.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memperluas kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, infrastruktur, transformasi digital, pertumbuhan hijau dan pertahanan, khususnya dengan jangkaan termeterainya perjanjian perdagangan bebas Korea Selatan-Malaysia tahun ini,” ujar beliau.

Presiden Lee turut menzahirkan komitmen beliau untuk terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama dua hala yang telah terjalin selama lebih enam dekad, berteraskan kepercayaan dan persefahaman bersama.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Selatan.

Dalam perbualan antara kedua-dua pemimpin, mereka sependapat bahawa Malaysia dan Korea Selatan berpotensi memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa, terutama memandangkan kedua-dua negara akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan ASEAN menjelang akhir tahun ini.

Anwar turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Lee atas pelantikannya sebagai Presiden Korea Selatan, dan Lee menyatakan penghargaan atas ucapan tersebut.

Related Posts

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUCHING – Kerajaan Persekutuan kini bertindak beralih kepada pendekatan tindakan awalan bagi menangani situasi jerebu yang melanda negara dengan lebih berkesan, disokong oleh peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta bagi Operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia