Perarakan Gawai Dayak 2025 serlahkan kepelbagaian budaya, semangat perpaduan

KUCHING – Tebingan Sungai Sarawak menjadi saksi kemeriahan ribuan peserta dan penonton yang hadir di perarakan Gawai Dayak 2025 hari ini bagi menonjolkan keunikan kaum Dayak di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan perarakan tahun ini adalah yang paling meriah dengan penyertaan tertinggi dalam sejarah kerana disertai pelbagai komuniti termasuk Orang Ulu, Bidayuh, Iban, serta dari seluruh pelosok Sarawak.

“Kita memanfaatkan acara ini untuk mempamerkan kekayaan budaya masyarakat Malaysia, khususnya melalui tradisi dan adat resam kaum Dayak. Ini bukan sahaja menyerlahkan identiti kita sebagai masyarakat berbilang kaum, tetapi juga memberi peluang kepada komuniti lain untuk memahami cara hidup dan semangat budaya Dayak,” katanya ketika ditemui media selepas acara tamat pada Sabtu.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, turut menyertai perarakan ini bermula dari Menara Tun Jugah, sekaligus menyerikan lagi sambutan tersebut.

Kehadiran Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, menambahkan kemeriahan acara apabila mereka meluangkan masa menyaksikan perarakan penuh warna-warni itu.

Datuk Amar Douglas, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Utama Sambutan Gawai Dayak 2025, turut menzahirkan penghormatan kepada Premier Sarawak dan kerabat Diraja Perlis atas kehadiran mereka yang disifatkan sebagai pemangkin kepada kejayaan sambutan pada tahun ini.

Perarakan Gawai Dayak 2025 menjadi bukti keunikan budaya Dayak dan simbol perpaduan pelbagai kaum yang terus dipupuk di negeri ini.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP