Kalah pemilihan: MB Perlis perlu letak jawatan atau tidak, soal netizen

PLATFORM media sosial terutamanya laman-laman dan kumpulan Facebook tempatan Perlis dihujani persoalan sama ada Menteri Besar (MB) Perlis, Mohd Shukri Ramli wajar meletakkan jawatan susulan kekalahannya dalam pemilihan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Arau semalam.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati, sejurus keputusan diumumkan, pelbagai hantaran mula muncul, memperlekeh atau mempersoal kelayakan Mohd Shukri untuk terus menerajui tampuk pentadbiran negeri.

Seorang pengguna, Tok Abah, menulis: “Kalau Rafizi kalah dalam pemilihan KEADILAN terus letak jawatan menteri, kenapa MB Perlis kalah pemilihan parti sendiri tapi tak letak jawatan?”

Nada sama turut diungkapkan pengguna Ahmad Naim yang secara terbuka bertanya: “MB Perlis tewas pemilihan YDP Pas kawasan Arau. Perlu letak jawatan MB atau tak?”

Sementara itu, Skuad Siasat dalam kumpulan Facebook Akar Umbi UMNO Malaysia membuat perbandingan: “Rafizi tewas terus letak jawatan menteri. Shukri Ramli tewas pemilihan YDP Pas Arau bakal letak jawatan MB?”

Kekalahan Shukri dalam perebutan jawatan tertinggi Pas Arau kepada penyandangnya, Solahudin Azmi, dengan hanya meraih 43 undi berbanding 128 undi menimbulkan impak politik yang besar di Perlis.

Selain beliau, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Rus’ele Eizan dan Exco Pertanian, Razali Saad turut tewas dalam saingan merebut jawatan utama dalam parti di peringkat kawasan Arau.

Ia umpama mesej, apabila majoriti Exco sendiri ditolak dalam pemilihan kawasan, itu petanda amaran daripada akar umbi.

Dengan Mesyuarat Agung Pas Kangar dan Padang Besar bakal berlangsung minggu ini, perhatian kini tertumpu kepada apakah gelombang perubahan dari akar umbi ini akan terus merebak dan apakah kesannya kepada kestabilan politik negeri Perlis.

Soalnya kini, adakah Mohd Shukri akan berpegang kepada mandat rakyat dalam PRU15 atau tunduk kepada suara-suara dalam parti yang mahukannya berundur?

Itu keputusan yang hanya beliau sendiri boleh jawab.

Related Posts

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

LIMBANG – Sebuah unit rumah panjang di Batu 8, Jalan Kubong di sini musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran petang semalam. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

MIRI – Pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral berjaya mengawal kebakaran belukar yang berlaku di Jalan Airport, di sini, hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan