Polis berkas 2 transporter, rampas dadah bernilai RM10.8 juta

JITRA – Taktik licik sindiket pengedaran dadah dari negara jiran dengan menggunakan kereta diubah suai terbongkar apabila polis memberkas dua transporter dalam dua serbuan berasingan di sempadan negeri ini pada Ahad lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani@Mohd. Salahuddin Che Ali berkata, operasi pada 15 Jun itu berjaya merampas kira-kira 120.46 kilogram (kg) heroin base dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 2.37kg dengan keseluruhan bernilai RM10.8 juta.

Katanya, jumlah dadah yang berjaya dirampas itu untuk dijual kepada kira-kira 7.8 juta penduduk.

“Serbuan pertama kira-kira pukul 5.40 petang, sepasukan pegawai JSJN menahan sebuah kereta jenis Honda Accord dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun di kawasan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu menemukan 160 bungkusan plastik lut sinar berisi ketulan mampat disyaki heroin base seberat 59.20kg di dalam ruang khas di bahagian belakang tempat duduk penumpang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini hari ini.

Beliau berkata, pada hari sama pukul 5.55 petang, polis menahan sebuah lagi kereta Honda Accord dipandu seorang wanita tempatan berusia 35 tahun di sebuah stesen minyak berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Kayu Hitam.

“Kita menemukan 155 bungkusan heroin base seberat 61.26kg serta 35 peket serbuk disyaki MDMA seberat 2.37kg, juga disembunyikan di dalam ruang khas tempat duduk belakang yang diubah suai,” ujarnya.

“Rampasan ini adalah yang terbesar di utara tanah air bagi tahun ini,” katanya.

Jelasnya, suspek yang juga penganggur dipercayai menerima upah sebanyak RM20,000 untuk membawa dadah berkenaan dari negara jiran.

Related Posts

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mensasarkan semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di negeri ini menerima penarafan Zon Halal tidak lama lagi. Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas