Ahmad Jazlan cabar pembangkang lapor SPRM isu jual saham Felcra

GUA MUSANG – Pengerusi Felcra, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub menegaskan tidak pernah menjual kilang agensi itu kepada mana-mana pihak, termasuk bukan Bumiputera seperti didakwa.

Ahmad Jazlan berkata, dakwaan pihak yang digelar sebagai ‘askar upahan’ pihak pembangkang itu adalah fitnah amat besar terhadap dirinya.

“Dakwaan (dibuat) itu tidak pernah berlaku sama sekali. Jangan kata saya menjual kilang, satu skru kilang pun saya tidak pernah menjual sepanjang memegang jawatan ini.

“Susulan fitnah terbabit, saya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Gua Musang dan meminta pihak peguam menghantar notis saman terhadap individu terbabit semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Temu Mata bersama peneroka Kesedar di sini, hari ini.

Ahmad Jazlan turut mencabar pimpinan pembangkang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dakwaan itu benar.

“Saya juga minta SPRM buka siasatan sekiranya menerima laporan daripada mereka. Saya tidak takut kerana saya di pihak yang benar.

“Saya beri tempoh tujuh hari untuk mereka membuat laporan SPRM. Jika benar saya bersalah, saya sendiri akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felcra,” katanya lagi.

Terdahulu, Pengerusi Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard mendesak Pengerusi Felcra membuat penjelasan berhubung penjualan kilang sawit yang merugikan Felcra.

Dakwanya, ia rentetan beberapa sumber sejak hampir sebulan lalu tampil berjumpa dengannya dan menyerahkan beberapa set dokumen kononnya berkaitan penjualan kilang Felcra.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran