Tunjuk bukti jika saya diberi peruntukan oleh Pas – Mohd Azizi

PUTRAJAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim mendedahkan beliau tidak pernah menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Negeri Kelantan semasa menjadi wakil rakyat.

Sehubungan itu, beliau mencabar kerajaan negeri mengemukakan bukti dirinya menerima peruntukan dari kerajaan negeri sepanjang menjadi ADUN Nenggiri.

Lebih menyedihkan katanya, keperluan asas menerusi Skim al Itqan sebanyak 300 pek setiap bulan untuk diagihkan kepada penduduk miskin juga tidak diberikan kepada beliau, sebaliknya diberikan kepada Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

“Berbakul-bakul pimpinan Pas ketika berceramah menyentuh menyerang peribadi dengam mengatakan saya tamak, tidak bersyukur dan sebagainya.

“Mereka boleh kata macam-macam sedangkan, hak saya sebagai ADUN, satu sen pun peruntukan saya tidak terima daripada kerajaan negeri, sedangkan setahu saya setiap ADUN menerima peruntukan sehingga RM1.2 juta setahun,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azizi berkata, setiap kali turun padang bertemu rakyat beliau akan menggunakan wang sendiri sehinggalah menerima peruntukan daripada Kerajaan Perpaduan selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang dilucutkan keahlian dari Bersatu pada 13 Jun lalu memaklumkan, permasalahan itu sudah dipanjangkan kepada pimpinan parti termasuk Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor.

“Bagaimanapun, alasan yang diberikan setiap kali isu itu dibangkitkan asyik suruh saya bersabar, sebabnya kita (Bersatu) perlu sedar diri (Parlimen) hanya ada enam kerusi.

“Tiba-tiba mereka kata saya tamak apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sedangkan tidak semua ADUN Kelantan menerima peruntukan.

“Saya cabar mereka buktikan di mana saya tamak? Pas, khususnya Datuk Seri Tuan Ibrahim nyatakan bukti berapa banyak peruntukan kerajaan Kelantan berikan kepada sepanjang saya menjadi ADUN Nenggiri,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan cuba menegakkan benang basah menyatakan dakwaan tersebut tidak benar.

Beliau ketika ditemui media memaklumkan, dakwaan itu tidak benar disebabkan pelbagai peruntukan disediakan termasuk melalui Pejabat Tanah dan Jajahan, selain daripada Exco kerajaan negeri secara berkala.

“Sebelum ini Azizi adalah wakil rakyat kerajaan negeri daripada Bersatu yang menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN).

“Justeru, dakwaan Azizi itu sangat tidak betul kecuali beliau tidak peka kepada rakyat disebabkan kerana kerajaan negeri sudah pun menyediakan peruntukan sama dengan wakil rakyat yang lain,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran