Fuziah, Leong terus galas tanggungjawab sehingga kepimpinan baharu PKR dilantik

PKR memutuskan bahawa Fuziah Salleh dan William Leong akan terus memegang jawatan masing-masing sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Agung buat sementara waktu sehingga barisan kepimpinan baharu dilantik secara rasmi.

Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat pertama Biro Politik bagi sesi 2025/2028 yang dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang tadi.

Mesyuarat turut dihadiri barisan pimpinan tertinggi termasuk Timbalan Presiden yang baharu, Nurul Izzah Anwar serta Naib Presiden Datuk Seri Amirudin Shari, R Ramanan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Chang Lih Kang.

“Fuziah dan Leong akan terus menjalankan tugas masing-masing-sehingga barisan kepimpinan baharu dilantik dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang akan diadakan kelak,” menurut kenyataan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pelantikan rasmi barisan kepimpinan baharu akan dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, mesyuarat turut menumpukan perhatian kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kepimpinan tertinggi telah diberikan tugasan khusus untuk memperkukuh kesiapsiagaan serta menjamin kemenangan PKR dan parti-parti komponen dalam kerajaan perpaduan.

Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, Mustapha Sakmud, akan terus menjalankan tugas sebagai Pengerusi Negeri secara interim sehingga pelantikan baharu dibuat demi kesinambungan gerak kerja pilihan raya.

Mesyuarat turut membincangkan dasar-dasar eksekutif yang akan diperkenalkan dan kesannya terhadap kos sara hidup rakyat.

Langkah-langkah susulan juga sedang diperhalusi bagi memastikan rakyat menerima manfaat secara langsung.

Related Posts

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih menyeluruh bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global, termasuk mempertimbangkan kawalan terhadap pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian, kata Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengurusan dana kemanusiaan oleh badan bukan kerajaan (NGO) perlu diperkemas bagi mengelakkan berlakunya salah guna serta penyelewengan. Perdana Menteri berkata, terdapat keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI