Malaysia bangga terajui masa depan ASEAN

MALAYSIA berbangga dapat menerajui ‘Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita’, sebuah dokumen penting yang bakal mencorak masa depan rantau ini selepas 2025.

Kebanggaan itu diluahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, deklarasi yang diumumkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur semalam telah menzahirkan iltizam bersama negara-negara anggota untuk membina ASEAN yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan rakyat.

“Di bawah kepimpinan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, kita tampil dengan wawasan yang bukan sahaja menyatukan rantau ini, malah meletakkan ASEAN sebagai pemacu utama perubahan global berlandaskan nilai dan kekuatan serantau,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa deklarasi itu memberi hala tuju baharu ASEAN pasca 2025 dengan memberi fokus kepada empat tonggak utama, iaitu politik-keselamatan, ekonomi, sosio-budaya dan keterhubungan.

Anwar menegaskan, dokumen tersebut menekankan kepentingan pertumbuhan adil dan terangkum serta kesiapsiagaan ASEAN dalam menghadapi cabaran masa depan seperti perubahan iklim, kemajuan teknologi dan tekanan geopolitik global.

“Kita bukan sekadar merancang masa depan ASEAN, tetapi memastikan ia inklusif, saksama dan mampan untuk semua lapisan masyarakat,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar