Suami isteri tak mengaku dera anak 12 tahun dalam sangkar anjing

BALIK PULAU – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganiaya anak perempuan mereka berusia 12 tahun sehingga cedera dua minggu lalu.

Tertuduh, Chew Kok Wan, 47, dan isterinya, Mak Wai Peng, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Pasangan itu didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di rumah mereka di sebuah kondominium di Bayan Lepas pada pukul 7.30 pagi, 18 Mei lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Sesyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong menawarkan jaminan RM20,000 setiap seorang, namun peguam V. Parthipan merayu jumlah yang minimum atas beberapa alasan.

“Bapa mangsa (Kok Wan) bekerja sebagai penyelia kilang dengan gaji RM5,500, manakala isterinya pula pengurus projek dengan pendapatan bulanan sebanyak RM7,000.

“Ibu mangsa bekerja sejak lapan bulan lalu dan baru selesai menjalani pembedahan kanser ovari di sebuah hospital swasta. Dia masih memerlukan rawatan susulan.

“Kedua-dua tertuduh mempunyai seorang lagi anak berusia 15 tahun. Mereka juga menjaga ibu bapa yang uzur dan mempunyai pinjaman untuk kereta dan rumah,” katanya.

Hakim menetapkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kedua-dua tertuduh juga diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 1 Julai ini.

Sebelum ini media melaporkan sepasang suami isteri ditahan disyaki mendera anak perempuan mereka termasuk dikurung dalam sangkar anjing.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan suspek itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada guru besar sekolah mangsa selepas melihat ada kesan lebam pada badan kanak-kanak tersebut.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar