MICF 2025 pacu peranan Malaysia dalam pasaran koko global

KOTA KINABALU – Malaysia kembali mengorak langkah dalam industri koko global menerusi penganjuran semula Festival Antarabangsa Koko Malaysia (MICF) 2025 sebagai langkah penting untuk memperkukuh peranan Malaysia di peringkat global dalam industri koko.

Menurut Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penganjuran semula festival itu selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2013.

“Kita mengimport biji koko bernilai kira-kira RM7.5 bilion setahun, memprosesnya dan mengeksport semula produk koko bernilai hampir RM15 bilion setahun.

“Malaysia turut mempunyai ladang koko tempatan yang menghasilkan biji koko istimewa dari dalam negara.

“Sebagai contoh, produk KitKat Borneo hanya menggunakan koko yang diperoleh dari Borneo,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan MICF 2025, di Pusat Convention Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin.

Tambahnya, negara terpaksa mengimport hampir 500,000 tan koko, demi menampung kekurangan pengeluaran koko tempatan.

“Nestlé sudah menyatakan minat untuk membeli sebanyak mana yang kita mampu hasilkan.

“Kini kita sedang bantu pekebun kecil menukar kepada variasi hibrid dan amalan pertanian yang baik bagi meningkatkan hasil.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Lembaga Koko Malaysia kerana berjaya membawa 26 negara luar untuk hadir ke persidangan ini.

“Kita ada banyak negara pengeluar koko, terutamanya seperti Godiva (dulu dikenali sebagai Ivory Coast) dan Ghana. Negara-negara ini menyumbang lebih daripada 50 peratus pengeluaran koko dunia,” jelasnya.

Menurut Johari, Malaysia kini tersenarai dalam kelompok lima negara teratas dunia dalam industri pengisaran koko yang dapat memproses kira-kira 370,000 tan setiap tahun.

Selain itu, beliau turut menyuarakan pandangannya berhubung isu Peraturan Ketekunan Wajar Secara Sepihak (UDR), sambil menegaskan komitmen Malaysia untuk terus mematuhi ketetapan yang ditentukan.

“Kita mesti patuh walaupun tiada UDR, banyak produk kita masih dieksport ke Eropah kerana sebahagian pemain industri kita ialah syarikat besar.

“Mereka memiliki ladang, kilang penapis dan loji oleokimia jadi keseluruhan rantaian itu berada di bawah kawalan mereka,” ujarnya.

Related Posts

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

PAPAR – Penolakan usul persendirian berkaitan tuntutan 40 peratus Sabah di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bukan bermakna kerajaan negeri menolak perjuangan tersebut, sebaliknya ia adalah keputusan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

PUTRAJAYA – Pemimpin Wanita PKR membidas kenyataan Khairy Jamaluddin yang mendakwa UMNO adalah parti lebih kuat dan kurang dikritik berbanding pesaingnya seperti PKR dan Bersatu. Exco Wanita PKR, Farahida Fauzi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan