Lelaki hilang dibaham buaya di Kinabatangan

KINABATANGAN – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham seekor buaya dalam satu kejadian di Ladang Linddale, di sini pada Isnin.

Mangsa, Jufri Untung, 30, dikatakan sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di sungai berhampiran sebelum diserang reptilia berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Utoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 6.08 pagi.

“Sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari BBP Kinabatangan.

“Pasukan bomba tiba pada pukul 7.22 pagi dan mengesahkan kejadian benar berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan menggunakan kaedah ‘surface searching’ di kawasan sekitar tebing sungai.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemukan dan usaha pencarian masih giat dijalankan.

Menurut Hairi, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun