Sidang Kemuncak ASEAN tidak jejas aliran trafik ibu kota

ALIRAN trafik di ibu negara kekal lancar meskipun beberapa laluan ditutup sementara bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Tinjauan Berita Harian bermula seawal jam 7 pagi mendapati trafik masuk ke Kuala Lumpur dari sekitar Lembah Klang bergerak perlahan seperti biasa pada waktu puncak, tanpa gangguan ketara.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, penutupan dan lencongan jalan hanya dilaksanakan sekitar jam 8 pagi dan 5.30 petang bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi asing dari hotel ke KLCC.

Laluan seperti Jalan P Ramlee, Jalan Sultan Ismail, Jalan Perak, Jalan Pinang dan Persiaran KLCC turut dilaporkan lancar sepanjang pagi.

Orang ramai yang ditemui juga menyatakan keadaan trafik tidak banyak berbeza berbanding hari biasa.

Pekerja swasta Hazrin Mazalan, 32, berkata, penutupan hanya berlaku seketika dan tidak menjejaskan urusan hariannya.

“KL memang sentiasa sesak, tapi jalan yang ditutup pun dibuka semula dengan cepat,” katanya.

Bagi Muhamad Shahrifudin Abdul Sharif, 31, penutupan jalan tidak menimbulkan sebarang masalah, manakala penunggang e-hailing Muhammad Akid Kamarul Akmam, 22, memaklumkan trafik masih terkawal walaupun ada sekatan.

“Penutupan jalan hanya sekitar 10 minit, kemudian dibuka semula,” jelasnya.

Related Posts

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara