
JOHOR BAHARU – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilaporkan sedang mendahului saingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang berlangsung hari ini.
Setakat jam 7 malam, Nurul Izzah dilihat memperoleh jumlah undi yang jauh lebih tinggi berbanding pencabarnya, penyandang jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli.
Memetik laporan BH, sumber dalaman parti yang mengikuti rapat perkembangan pemilihan tersebut, Nurul Izzah dikatakan menguasai sebahagian besar undi perwakilan tetap yang hadir secara fizikal sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di Johor Bahru.
Proses pemilihan bagi peringkat pusat, termasuk 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), telah bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang tadi.





