Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di platform X hari ini, Anwar berkata, pengiktirafan itu turut menjadikan HBM satu-satunya hospital di Malaysia yang tersenarai dalam kelompok 250 hospital terbaik dunia bagi inisiatif kelestarian.

“Inilah kejayaan yang membanggakan negara, apabila kecemerlangan perkhidmatan kesihatan berjalan seiring dengan tanggungjawab memelihara alam sekitar dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Syabas dan tahniah!!,” kata beliau.

HBM menerima pengiktirafan itu menerusi penarafan World’s Greenest Hospitals 2026 oleh Newsweek dan Statista.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan HBM terpilih selepas menewaskan ribuan hospital lain dari 36 negara dalam edisi sulung berkenaan.

Penarafan itu mengiktiraf institusi kesihatan di seluruh dunia atas komitmen terhadap amalan penjagaan kesihatan mesra iklim serta usaha memperkukuh kelestarian alam sekitar.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan