RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, peningkatan aktiviti penipuan di ruang digital turut menyaksikan usaha membanteras kandungan berisiko dipertingkatkan, dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan terhadap kandungan memudaratkan yang disebarkan di platform media sosial.

“Sebanyak 470,593 kandungan memudaratkan telah dimohon untuk diturunkan daripada platform media sosial antara 1 Januari hingga semalam, dengan 436,661 daripadanya atau 93 peratus dipersetujui untuk diturunkan oleh penyedia platform.

“Daripada angka tadi (470,593 kandungan), sebanyak 64 peratus adalah kandungan yang bersifat perjudian, manakala 27 peratus lagi bersifat scam (penipuan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Imigresen (JIM) dan MCMC di sini hari ini.

Mengulas pecahan kandungan perjudian dalam talian, Fahmi berkata, Facebook merekodkan jumlah tertinggi iaitu 78 peratus, diikuti YouTube (18 peratus) dan TikTok (empat peratus).

Bagi kandungan berkaitan penipuan pula, katanya, Facebook menyumbang 53 peratus, diikuti TikTok (39 peratus) dan Threads (lima peratus).

Fahmi menyatakan, penyedia platform media sosial tidak seharusnya hanya menunggu laporan daripada pihak berkuasa atau aduan pengguna sebelum mengambil tindakan terhadap kandungan berbahaya.

Sebaliknya, beliau berkata, platform berkenaan perlu lebih proaktif dalam mengesan, menyekat serta menurunkan kandungan memudaratkan bagi memastikan keselamatan pengguna di ruang digital.

“Platform wajib memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan persekitaran dalam talian yang selamat,” katanya.

Dalam usaha memperkukuh tindakan membanteras jenayah siber, Fahmi berkata, MCMC kini mempergiat operasi serta siasatan berasaskan risikan.

Langkah berkenaan turut merangkumi pemerkasaan standard mandatori pendaftaran pengguna akhir perkhidmatan selular awam prabayar serta pengukuhan mekanisme pengesahan identiti digital.

Sementara itu, majlis pertukaran MoU antara JIM dan MCMC yang disaksikan Fahmi bertujuan memperkukuh kerjasama kedua-dua agensi dalam penguatkuasaan, perkongsian maklumat risikan dan siasatan bersama berkaitan jenayah rentas sempadan serta teknologi komunikasi.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan