Nyaris maut gajah mengamuk lepas dengar hon kereta

GERIK – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya diserang sekumpulan gajah liar di Kilometer 11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam berhampiran Tugu Peringatan Pembinaan Jalan Raya Timur Barat itu, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios dari arah Jeli menghala ke Gerik terpaksa menyelamatkan diri selepas dikepung tiga ekor gajah yang tiba-tiba menghampiri kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan insiden itu jam 11.36 malam selepas pengadu berusia 39 tahun hadir ke balai polis bagi membuat aduan.

“Hasil siasatan mendapati semasa melalui lokasi kejadian, pemandu terlihat sekumpulan gajah sedang melintas di atas jalan lalu bertindak memberhentikan kereta dan mematikan lampu kenderaan.

“Mangsa terdengar bunyi hon dari arah belakang sebelum tiga ekor gajah menghampiri kenderaan tersebut menyebabkan dia panik dan keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Zulkifli, pemandu berkenaan bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, kereta mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan, belakang serta sisi kanan dan kiri.

Kejadian tersebut tular selepas beberapa video dirakam pengguna jalan raya memaparkan kerosakan kereta dimuat naik di media sosial.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam