Jangan bermusuh, kita bukan sempurna – Wan Azizah

PENGERUSI Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penyokong parti supaya tidak berpecah-belah, sebaliknya bekerjasama demi mempertahankan parti.

Beliau berkata, PKR telah menempuh laluan berliku yang tidak mudah untuk sampai ke tahap diterima ramai seperti sekarang, yang mana hanya dengan sokongan akar umbi sahaja mampu merealisasikannya.

Tegasnya, peranan anak muda sangat penting untuk membangunkan parti, malah pembabitan golongan itu juga dilihat mampu menawan Kelantan.

“Dulu kita (PKR) baru nak bangun, parti kecil, parti nyamuk…. tapi (hari ini) dah bangkit sampailah Presiden kita (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jadi Perdana Menteri. Itu pun kena ‘gaduh-gaduh’ dulu.

“Sebelum ini ada kawan-kawan dari parti lain kata kita tak berapa ‘steady’ terutama di Kelantan, tapi saya rasa di Kelantan kita ada potensi cuma (cara) untuk realisasikannya itu bagaimana.

“(Jawapannya) kita kena sama-sama bangunkan parti kita. Anggota-anggota kita (gabungan), tidak bermusuh… kita bukan ‘perfect’ (sempurna), jadi sama-samalah teruskan dan peranan itu perlu diambil alih oleh golongan muda kerana jiwa mereka lebih bersemangat,” katanya dipetik Berita Harian.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut menasihatkan pemimpin sedia ada terutama yang memenangi pemilihan parti supaya tidak ‘lupa diri’ dan dibutakan dengan jawatan.

Sebaliknya, beliau menekankan pentingnya hubungan pimpinan parti dengan penyokong akar umbi selain menyifatkan pencapaian atau kedudukan diperoleh adalah amanah yang perlu dipegang untuk terus memperkukuhkan parti.

“Jangan lupa, ke tahap mana pun (kita), parti yang naikkan kita, apa yang kita dapat dan dari mana jawatan itu diperoleh adalah untuk memperkukuhkan parti, itu amanah yang kita pegang.

“PMX (Anwar) tak ada gaji tapi tak mengapa, tapi Ahli Parlimen (Tambun) ada juga. Itu semua untuk negara kita, kita kena bangunkan parti,” katanya.

Related Posts

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

PERBAHASAN sama ada amalan tahlil merupakan sebahagian daripada syariat atau sebaliknya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mana-mana individu mempermainkan amalan itu sebagai senjata politik atau menyindir mana-mana pihak terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang gabungan itu di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Pengerusi BN,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan