KePKAS sahkan, jelaskan insiden kutip tapak sulaiman

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) tampil menjelaskan isu tular di media sosial melibatkan seorang pelancong warganegara China yang dipercayai dilihat mengutip tapak sulaiman semasa berada di atas papan dayung di perairan Kota Kinabalu pada baru-baru ini.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, KePKAS memandang serius insiden tersebut kerana tindakan sedemikian bertentangan dengan prinsip ekopelancongan yang menekankan pemuliharaan hidupan marin.

“Hasil siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (LPATTS) mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku di perairan Tanjung Aru iaitu di luar kawasan Taman Tunku Abdul Rahman yang melibatkan sebuah syarikat pelancongan.

“Sebanyak 30 tapak sulaiman telah dikutip yang dikenal pasti sebagai spesies ‘Horned Sea Star’ atau ‘Chocolate Chip Sea Star’ yang dikenali secara tempatan sebagai tapak sulaiman bertanduk ‘Protoreaster Nodosus’.

“Spesies ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem marin dan tindakan mengeluarkan dari habitat semula jadi boleh mengganggu keseimbangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Christina menyeru agar semua pengusaha pelancongan lebih bertanggungjawab dalam memastikan pelancong dan kakitangan mereka mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan terutamanya berkaitan perlindungan hidupan marin.

“Kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan ini amat penting bagi memastikan kelestarian ekosistem marin demi kesejahteraan generasi akan datang,” kata Christina.

Tegasnya, Kerajaan Sabah melalui KePKAS terus komited terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan berkaitan hidupan liar dan ekosistem semula jadi di negeri ini.

Katanya, KePKAS akan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan dalam menangani isu ini.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April