Tingkap, siling pecah gara-gara gegaran latihan LIMA’25 di Langkawi

LANGKAWI – Kira-kira lima rumah mengalami kerosakan dipercayai akibat gegaran berpunca daripada latihan pertunjukan udara sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) pagi tadi.

Tinjauan di Kampung Padang Wahid, di sini mendapati berlaku kerosakan pada tingkap dan siling rumah.

Pemilik rumah, Anis Amilia Abdullah, 32, berkata, ketika kejadian dia berada di padang bola kira-kira 200 meter dari rumahnya bagi menyaksikan latihan tersebut.

“Bunyi letupan lebih kuat pada pagi tadi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Bumbung rumah ini sudah banyak kali mengalami kerosakan kerana latihan LIMA tetapi ini kali pertama kami membuat laporan polis kerana tidak tahu sama ada kami boleh menuntut kerugian atau tidak,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Siti Hazirah Che Hamat, 38, berkata, dia sedang berniaga di bawah khemah betul-betul di hadapan rumahnya semasa kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Saya terasa khemah saya terangkat sebelah semasa bunyi letupan tersebut dan saya terdengar cermin tingkap rumah jiran meletup pada masa yang sama.

“Rumah saya dan jiran berkembar tetapi jiran saya mengalami lebih banyak kerosakan pada cermin tingkap berbanding saya hanya dua keping tingkap yang meletup,” ujarnya.

Kesemua mereka memberitahu ada pegawai polis telah datang ke rumah mereka bagi melihat kerosakan dan meminta mereka untuk membuat laporan rasmi.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM