2 suspek kes libas parang Jalan Raja Uda dicekup

SEBERANG PERAI – Polis menahan dua daripada tiga suspek yang dipercayai menyerang seorang lelaki dengan bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di Jalan Raja Uda, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden C. Tharmalingam berkata, kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU).

Katanya, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.20 malam itu, mangsa bersama rakannya sebelum itu ke lokasi kejadian untuk menikmati makanan.

“Ketika membuka pintu kereta, mangsa diserang oleh seorang lelaki yang memakai topeng dari arah belakang. Mangsa bertindak melarikan diri sebelum dilanggar kereta yang dinaiki suspek. Dia (mangsa) yang terjatuh kemudiannya diserang tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang.

“Mangsa terus masuk ke sebuah klinik swasta berhampiran lokasi kejadian untuk mendapatkan pertolongan,” katanya di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, doktor klinik berkenaan telah memberikan rawatan awal ddan menghubungi ambulans bagi membolehkan mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam