Satu gurauan, seribu makna: Diplomasi bijak PMX di mata dunia

PUTRAJAYA – Detik jenaka di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia, Vladimir Putin dilihat membawa makna lebih mendalam bagaimana pemimpin dunia harus berinteraksi bukan dengan ancaman atau persaingan sengit semata tetapi dihadiri dengan ‘senyuman’ kefahaman dan rasa hormat.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof menyifatkan Anwar merupakan pemimpin yang bijak membawa diri di pentas dunia selain mampu menjalin hubungan seimbang dengan pelbagai kuasa besar, dan menggunakan diplomasi nilai untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam arena antarabangsa yang kompleks dan sentiasa berubah.

Menurutnya, perbualan mesra antara kedua-dua pemimpin tersebut membuktikan Malaysia mengambil pendekatan bersikap moderat dan berprinsip yang mampu memainkan peranan sebagai penghubung dan pembina keamanan di rantau Asia Tenggara.

“Perbualan antara Vladimir Putin dan PMX tentang tiga takhta di di Istana Kremlin sebenarnya lebih daripada sekadar gurauan ringan. Ia membawa kita melihat sisi lain diplomasi yang jarang kita saksikan iaitu di mana humor budaya dan mesej penting dapat disampaikan dalam suasana santai namun penuh makna.

“Dengan cara yang bersahaja Presiden Putin berkongsi tentang tiga takhta itu dan PMX pula spontan menjawab dengan jenaka yang menunjukkan kebijaksanaan dan keikhlasan seorang pemimpin yang mengutamakan nilai dan identiti dirinya. Respons itu bukan sahaja mengundang senyuman tetapi juga membuka ruang untuk hubungan yang lebih mesra serta penuh hormat antara dua negara,”  katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin memaklumkan, perbualan ringan itu sebenarnya membantu menurunkan suhu berkaitan isu politik, khususnya insiden MH17 di samping menunjukkan bahawa di sebalik perbezaan masih ada ruang untuk saling memahami dan membina kepercayaan.

Sehubungan itu katanya, pelbagai pihak perlu terbuka bahawa Anwar memiliki kemampuan dalam menjadi ‘orang tengah’ melembutkan imej sesebuah negara di mata dunia, apatah lagi dalam keadaan hubungan antarabangsa yang semakin tegang.

“Apa yang lebih menarik Putin menyebut PMX sebagai seorang Muslim sejati. Ini bukan sekadar pujian kosong ia adalah isyarat bahawa Rusia menghargai nilai agama dan budaya dalam konteks hubungan antarabangsa terutama ketika dunia sedang bergelut dengan ketegangan politik dan konflik.

“Cara Anwar berinteraksi secara spontan, cerdik, dan beradab menonjolkan kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan budaya politik yang kompleks tanpa mengorbankan prinsip dan nilai negara. Oleh itu, kita harus bijak menilai keseluruhan tindakan dan dasar yang diambil oleh mana-mana pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Ashikin memaklumkan,  keserasian kedua-dua pemimpin itu juga menggambarkan bahawa kedua-dua negara dapat menjalinkan hubungan diplomatik berasaskan kepercayaan dan saling menghormati.

“PMX menggunakan peluang itu bukan sahaja untuk merapatkan hubungan dengan Rusia tetapi juga untuk menyampaikan isu penting seperti keadilan tragedi MH17 dan aspirasi Malaysia dalam organisasi antarabangsa seperti BRICS.

“Pada masa sama, ini juga menunjukkan bahawa Malaysia sedang memainkan peranan yang semakin penting sebagai jambatan antara Timur dan Barat khususnya dalam konteks hubungan Rusia dengan dunia luar,” katanya.

Dalam konteks hubungan Rusia dengan pemimpin dunia lain, Nur Ashikin menjelaskan, kita dapat melihat negara terbabit menggunakan pelbagai pendekatan diplomasi yang strategik dan kadang-kadang bersifat ‘soft power’ seperti yang ditunjukkan dalam perbualan ringan dengan PM Anwar.

“Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan mengekalkan hubungan mesra dengan negara-negara bukan Barat tetapi juga memperkukuh pengaruh Rusia dalam arena antarabangsa yang semakin kompetitif.

“Dengan kemelut geopolitik yang berlaku termasuk ketegangan dengan Barat, Rusia berusaha menegaskan kedudukannya melalui hubungan baik dengan negara seperti Malaysia yang dilihat sebagai suara moderat dan berprinsip di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Terdahulu, lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Rusia mencuri perhatian dunia apabila beliau dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, berkongsi detik jenaka yang mencerminkan keakraban dan diplomasi mesra antara kedua-dua pemimpin.

Ketika Putin menunjukkan tiga takhta yang diperuntukkan untuk Tsar, Tsarina, dan satu lagi tanpa label, beliau bertanya kepada Anwar untuk siapa takhta ketiga itu. Tanpa teragak-agak, Anwar menjawab, “Untuk isteri kedua.” Jawapan spontan itu disambut dengan gelak tawa hadirin, termasuk menteri Malaysia, pegawai kanan Rusia, dan media antarabangsa.

Putin membalas secara berseloroh, “Itulah jawapan seorang Muslim sejati, wakil budaya Islam.” Anwar kemudian menjelaskan sambil tersenyum, “Saya hanya ada seorang isteri, Tuan Presiden. Tapi saya rasa itu satu ujian. Saya kata takhta kanan untuk isteri, kiri untuk isteri kedua. Tapi kemudian saya sedar sebenarnya ia untuk ibu.” Putin mengesahkan sambil ketawa, “Ya, takhta ketiga itu memang untuk ibu. Pertukaran maklumat sentiasa berguna.”

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Kalimah Allah di tokong: NGO, individu bimbang jejas keharmonian

Kalimah Allah di tokong: NGO, individu bimbang jejas keharmonian

Agenda pemuliharaan marin diperkasa, mahasiswa digerakkan sebagai ejen perubahan

Agenda pemuliharaan marin diperkasa, mahasiswa digerakkan sebagai ejen perubahan

Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

Sebar isu 3R cetus ketegangan keharmonian  masyarakat

Sebar isu 3R cetus ketegangan keharmonian  masyarakat