Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perancangan pendidikan perlu bersifat jangka panjang, termasuk sehingga 50 tahun ke hadapan bagi menjamin kelangsungan dan kestabilan sistem sedia ada.

“Sistem pendidikan bukan bahan eksperimen. Guru dan murid tidak sepatutnya dijadikan bahan uji kaji setiap kali berlaku pertukaran menteri.

“Perubahan silibus atau kaedah pengajaran semata-mata kerana musim pilihan raya hanya akan mengganggu kesinambungan pembelajaran,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025 pada Jumaat.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menegur amalan segelintir pemimpin yang menukar dasar pendidikan demi mencipta legasi peribadi, tanpa mengambil kira kesan terhadap guru dan murid.

“Jangan sampai guru terpaksa beradaptasi setiap kali menteri bertukar. Ini bukan sahaja membebankan mereka, malah akhirnya pelajar yang menjadi mangsa,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada dasar pendidikan yang konsisten, relevan dan berimpak tinggi agar profesion perguruan terus dihormati serta mampu membentuk generasi masa depan yang cemerlang.

Foto: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah melihat semula aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian jenayah bunuh dalam kalangan pelajarnya berulang. Pengerusi MARA, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebar isu 3R cetus ketegangan keharmonian  masyarakat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak agar tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan berkait isu kaum, agama dan institusi diraja (3R). MCMC berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Kalimah Allah di tokong: NGO, individu bimbang jejas keharmonian

Kalimah Allah di tokong: NGO, individu bimbang jejas keharmonian

Agenda pemuliharaan marin diperkasa, mahasiswa digerakkan sebagai ejen perubahan