Borneo Native Festival lahirkan impak budaya dan emosi, bukan sekadar angka kehadiran

KOTA KINABALU – Penganjuran Borneo Native Festival (BNF) selama empat tahun berturut-turut bukan sahaja mencatat angka kehadiran yang membanggakan, tetapi juga meninggalkan kesan mendalam dari segi emosi, pemahaman budaya dan hubungan kekeluargaan.

Presiden Persatuan SukaSeni merangkap Pengarah Festival BNF, Raffy Syazwan Arpandi berkata, kejayaan sebenar program itu bukan sekadar dinilai melalui data kehadiran atau jumlah jualan usahawan, tetapi melalui pengalaman peribadi pengunjung yang menyentuh hati.

“Bagi saya, pencapaian berjaya adalah apabila kami lihat satu keluarga besar datang ke festival.

“Apabila budak 5 tahun berpakaian Sumazau, yang budak 6 tahun pakai baju Ngajat Iban semata-mata untuk hadir festival walaupun berada keadaan cuaca panas.

“Itu ‘green flag’ bagi saya,” katanya semasa sidang media BNF 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Jumaat.

Tambahnya, ada pengunjung yang bukan sahaja memuat naik gambar di media sosial, tetapi turut berkongsi naratif penuh emosi.

“Apabila mereka memuat naik di media sosial daripada hanya memuat naik gambar dan emoji, mereka akan membuat karangan seperti ‘saya rindu keluarga saya’.

“Jadi saya rasa penerimaan respons sangat abstrak.

“Itu bukan sekadar laporan atau data. Ia reaksi peribadi yang mencerminkan hubungan antara budaya dan jiwa rakyat,” kongsinya ketika ditanya mengenai impak pencapaian terbesar selama penganjuran BNF empat tahun berturut-turut.

Beliau berkata dari sudut data, BNF mencatat jumlah konsisten dengan kehadiran hampir 90,000 pengunjung pada tahun lalu, berbanding 20,000 pada penganjuran pertama kali.

Katanya, jualan keseluruhan usahawan pula mencecah anggaran antara RM200,000 hingga RM300,000, membuktikan potensi besar festival ini dalam memperkukuh ekonomi komuniti kreatif dari Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Raffy berkata, festival itu turut menjadi platform pendidikan kepada warga Semenanjung dan pelancong luar negara tentang kepelbagaian budaya Borneo, termasuk warisan Kaamatan dan Gawai, makanan tradisional, kraftangan, muzik serta pakaian etnik.

“Masih ada yang tak tahu kenapa kita sambut Kaamatan dan Gawai, atau apa makna di sebalik pakaian dan simbolik budaya Borneo.

“Jadi BNF menjadi ruang memperkenalkan semua ini,” ujarnya.

BNF 2025 dijangka menampilkan lebih ramai usahawan dari Sabah dan Sarawak, konsert muzik etnik moden, bengkel budaya, pertandingan, persembahan, perarakan jalanan jualan makanan tradisional dan program khas pre-kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Justeru itu, Raffy mengajak warga Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung untuk hadir bersama-sama memeriahkan suasana BNF 2025 yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 Mei ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Turut hadir semasa sidang media BNF 2025 ialah Pegawai Ehwal Ekonomi Department of Industrial Development & Research (DIDR), Juinah Lipat; Penolong Pengurus Sabah Creative Economy & Innovation Centre (SCENIC), Shazrean Shah Saptu dan Penyelidik Bersekutu Institute for Development Studies Sabah (IDS), Paul Canigea.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang