769 PATI warganegara Filipina dipindah pulang dari Sabah

SANDAKAN – Seramai 769 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi satu program pemindahan tahanan yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.

Pemindahan itu melibatkan tahanan daripada tiga depot iaitu Depot Imigresen Papar, Sandakan dan Tawau yang dibawa menggunakan kapal MV Antonia dari Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina.

Pengarahnya, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, daripada jumlah tersebut seramai 438 adalah lelaki dewasa, 140 perempuan dewasa, 98 kanak-kanak lelaki dan 93 kanak-kanak perempuan berusia antara tiga bulan hingga 73 tahun.

“Kanak-kanak terbabit diiringi oleh ibu bapa atau pengiring masing-masing bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka sepanjang proses pemindahan,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat. 

Menurut beliau, kesemua PATI yang terlibat telah menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang dan memiliki dokumen perjalanan ‘Travel Document’ (TD) yang sah bagi melayakkan mereka mengikuti proses pemindahan ini.

Sehingga kini, seramai 4,762 warganegara Filipina telah dipindahkan pulang ke negara asal melalui program yang sama menjadikan jumlah keseluruhan PATI yang dihantar pulang dari Sabah kepada 5,620 orang.

“Operasi pemindahan tahanan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan JIM Sabah yang dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan tempoh penahanan yang berpanjangan di depot-depot imigresen negeri ini,” ujarnya.

Related Posts

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

TAWAU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah akan memperhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia, khususnya di wilayah Kalimantan Utara (Kaltara) bagi memastikan keselamatan sempadan terus terjamin. Pesuruhjaya Polis Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

Cahaya keemasan KWKK HRPB semarak sokongan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026