Nurul Izzah tolak pelawaan debat Rafizi

CALON Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar enggan melayan polemik berhubung isu debat antara beliau dan penyandang jawatan itu, Rafizi Ramli, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha menyantuni perwakilan parti.

Nurul Izzah menjelaskan bahawa keutamaan beliau kini adalah menjalin hubungan erat dengan pelbagai peringkat dalam parti, khususnya golongan wanita dan anak muda.

“Saya dah jawab tadi (semasa ucapan Program Temu Rapat Akar Umbi), kita nak kurangkan ketegangan kerana pada kami, keutamaan adalah untuk menyantuni perwakilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Program Temu Rapat Akar Umbi Bersama Timbalan Presiden PKR di Dewan Raja Muda Musa, dekat Shah Alam, malam tadi.

Menurutnya, program melibatkan wanita dan anak muda adalah sebahagian daripada agenda utama beliau dalam memastikan suara akar umbi terus diberi perhatian.

“Macam saya ada program bersama wanita, ‘Wanita Mendunia’, dan juga program dengan anak muda. Tak mahulah kita tertumpu (kepada debat),” jelasnya lagi seperti dilapor Sinar Harian.

Tambah Nurul Izzah, tumpuan seharusnya diberikan kepada penglibatan menyeluruh bersama bahagian-bahagian dalam parti, bukannya perkara yang boleh menimbulkan perpecahan.

“Ini bukan soal politik semata-mata, tetapi tentang penglibatan dengan semua bahagian kita,” ujarnya.

Nurul Izzah turut meluahkan kebimbangan terhadap dapatan semasa daripada badan penyelidik seperti Merdeka Center dan Ilham Center menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ujar beliau, dapatan itu menunjukkan keperluan mendesak untuk memperluaskan capaian parti kepada segmen pengundi luar bandar dan anak muda atas pagar.

Beliau turut memaklumkan bahawa telah menganjurkan sidang meja bulat melibatkan pelbagai pihak termasuk Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani cabaran semasa seperti isu hutang isi rumah dan ketidakstabilan pekerjaan.

“Saya bersyukur kerana Majlis Keselamatan Negara menjemput pihak PDRM sendiri berkongsi antara masalah hutang dan usaha mengekalkan kestabilan ekonomi.

“Fokus saya ialah memastikan anak-anak muda, majoritinya Melayu, dapat pekerjaan yang bermakna supaya mereka menikmati sosiomobiliti,” jelasnya.

Menurut Nurul Izzah, meskipun ramai anak muda bekerja, namun pekerjaan ditawarkan tidak setimpal dengan kebolehan dan kelayakan mereka.

“Sebab itu saya tekankan kepentingan undang-undang pekerja gig, dan saya masuk politik bukan untuk retorik, tetapi untuk memastikan dasar itu memberi makna kepada kehidupan rakyat,” katanya.

Related Posts

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia