Kempen secara sihat, jangan pupuk rasa benci antara calon – Fahmi

CALON bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sebagai ahli parti, setiap daripada mereka perlu bekerjasama ketika berdepan ‘lawan sebenar’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Sebagai sebuah parti yang lahir di jalanan, PKR sebuah parti yang umpama direbus tak masak, dibakar tak hangus… itulah semangat kita.

“Namun begitu, saya nak ingatkan pada semua janganlah sampai memupuk rasa benci pada rakan calon yang lain sepanjang berkempen kerana kita akan saling memerlukan selepas ini,” katanya seperti dilapor Bernama.

Fahmi, yang juga calon MPP, berkata demikian ketika berucap pada Program Temu Rapat Akar Umbi bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang bersaing bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti sesi 2025-2028.

Majlis itu, yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, turut dihadiri Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, turut menyifatkan pemilihan parti sebagai pertandingan adik-beradik.

“Pemilihan ini adalah pemilihan adik-beradik, kita nakkan selepas 24 Mei, tidak kira siapa menang atau siapa kalah, kita harus kembali mengumpul seluruh kekuatan untuk berdepan Pilihan Raya Umum.

“Saya percaya kita tak nak serabutkan pemikiran Presiden iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau sedang bekerja keras untuk negara dan beliau adalah ‘the right man at the right place and the right time’ untuk kita semua dan negara,” katanya.

Fahmi, yang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah pada majlis itu, turut berkongsi bahawa Perdana Menteri memberi jaminan tidak akan berlaku perubahan dalam kepimpinan kerajaan selepas pemilihan PKR berakhir.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru.

Related Posts

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia