Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.99 seliter walaupun berdepan tekanan pelbagai pihak yang menggesa pelarasan dibuat demi kedudukan fiskal negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, khususnya golongan pekerja berpendapatan rendah yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata, meskipun Malaysia mengimport kira-kira 50 peratus bekalan petroleum untuk kegunaan domestik, kerajaan tetap memilih untuk mengekalkan harga rendah sebagai langkah melindungi rakyat.

Menurutnya, dasar itu menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api terendah di dunia, setanding dengan negara pengeluar minyak seperti Brunei dan Rusia.

“Semua negara pengeluar minyak dunia telah menaikkan harga minyak mereka termasuk antara pengeluar tertinggi di dunia seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga telah menaikkan harga, namun Malaysia masih mengekalkan pada RM1.99.

“Sebab itu saya perlukan sokongan pekerja. Ada yang bertanya mengapa saya begitu berkeras mengekalkan harga ini? Pakar ekonomi dan golongan korporat mencadangkan supaya saya lebih realistik dan menaikkan harga jika mahu menjaga ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan kerajaan mengambil pendekatan seimbang antara memastikan ekonomi negara terus kukuh dan menjaga kepentingan rakyat.

“Saya jawab, ya saya realistik. Kita jaga ekonomi negara, kita jaga rakyat, tetapi saya juga sedang menunggu dan melihat bagaimana nasib golongan pekerja terutamanya mereka yang berada di peringkat bawah,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa setiap keputusan kerajaan dilaksanakan secara telus dan berintegriti tanpa menyalahgunakan kuasa.

“Percayalah, kita tidak akan khianati amanah ini. Kita tidak menggunakan kuasa untuk mengkayakan diri sendiri atau keluarga. Sokongan anda amat diperlukan dalam keadaan mencabar ini,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan pemimpin untuk turun padang dan mendengar suara rakyat serta memaklumkan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) bagi memperhalusi isu tenaga kerja.

“Saya beritahu (kepada barisan kepimpinan), amanah kita adalah untuk turun dan mendengar suara pekerja. Jangan sesekali beranggapan apabila kita diberikan amanah dan diangkat tinggi, kita sudah tahu segalanya.

“Tidak. Ada hal yang mungkin kita kuasai, tetapi ada banyak hal lagi yang perlu kita dengar daripada akar umbi. Bukan semua jawapan itu ada pada kita (pemimpin) semata-mata,” ujarnya.

Related Posts

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang memperluas perlindungan keselamatan sosial kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, dengan keutamaan diberikan kepada pekerja rentas sempadan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia