Anak gajah mati digilis lori di JRTB Gerik-Jeli, ibu setia menunggu

GERIK – Kasih seekor ibu gajah terhadap anaknya jelas terlihat apabila ia enggan berganjak dari lokasi kemalangan yang meragut nyawa anak jantannya selepas digilis sebuah lori muatan ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli, awal pagi Ahad.

Sejak kejadian sekitar jam 3 pagi itu, rakaman siaran langsung yang tular di media sosial menunjukkan gajah betina tersebut seolah-olah ‘meratapi’ pemergian anaknya dengan setia berada di sisi bangkai anaknya.

Video tersebut meraih perhatian orang ramai yang tersentuh hati melihat tindakan penuh kasih sayang si ibu, sekaligus menzahirkan rasa simpati dan duka terhadap insiden tersebut.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihaknya menerima maklumat pada jam 3.30 pagi berhubung kematian seekor anak gajah akibat digilis lori.

“Sejurus menerima laporan, pasukan Perhilitan dari Perak dan Kelantan digerakkan ke lokasi kejadian. Anak gajah jantan yang maut itu dianggarkan berusia 5 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, ibu gajah yang dilihat tidak berganjak dari lokasi turut ditangkap oleh pasukan Perhilitan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kelangsungan operasi pemindahan.

“Ia terpaksa ditangkap kerana terus menunggu di sisi bangkai anaknya. Ibu gajah itu dianggarkan berusia antara 25 hingga 27 tahun,” katanya lagi.

Menurut Yusoff, proses pemindahan bangkai anak gajah serta pengurusan keselamatan laluan JRTB masih dijalankan ketika ini bagi membolehkan kenderaan melalui kawasan tersebut dengan selamat.

Related Posts

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

SIBU – Seramai 712 penduduk di sekitar Parlimen Lanang berjaya memperoleh lesen motosikal Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu Tahun 2026 anjuran pusat khidmat parlimen berkenaan. Timbalan Yang Dipertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

NANA MOHAMAD & EVELINE B SIBU – Penganjuran Program KAWAN bertemakan ‘Dari Komuniti, Untuk Komuniti’ anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) menjadi platform terbaik bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan