Polis Marin gagalkan cubaan 3 lelaki seludup 125,000 liter diesel

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan tiga lelaki untuk menyeludup 125,000 liter minyak diesel dengan memindahkannya ke dalam kenderaan Thailand gagal apabila ditahan anggota Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 (PPM W1) Kuala Kedah, pada pagi Rabu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Che Ari berkata, semua mereka ditahan dalam satu operasi pada jam 9.30 pagi di sebuah premis di sekitar kawasan ini.

Katanya, serbuan dilakukan itu berdasarkan maklumat awam yang diterima sebelum ini.

“Tiga lelaki itu terdiri daripada seorang rakyat tempatan manakala dua lagi warga Thailand yang berusia antara 39 hingga 51 tahun.

“Mereka ditahan bersama dua kenderaan pacuan empat roda yang dikesan sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel dari `skid tank’ ke kenderaan berdaftar Thailand secara tidak sah di kawasan terbabit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati semua suspek tidak memiliki sebarang dokumen yang sah berkaitan aktiviti terbabit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rusley berkata antara barangan yang dirampas adalah minyak diesel dianggarkan sebanyak 125,000 liter, dua kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran Thailand, tujuh unit ‘skid tank’ dan sebuah unit pam minyak bermeter.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM801,750.

“Semua tangkapan dan rampasan sudah pun diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kubang Pasu untuk siasatan lanjut.

“Tindakan lanjut akan dilakukan dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung