92 PATI termasuk seorang wanita ditahan Imigresen Perak

IPOH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak menahan seramai 92 pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk seorang wanita, dalam satu operasi khas di sebuah tapak pembinaan di sini, pada Rabu.

Pengarah Imigresen Negeri, James Lee berkata, operasi yang dikenali sebagai Op Bersasar itu dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasaan JIM Perak, bermula sekitar jam 10.30 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

“Sebanyak 141 individu diperiksa dalam operasi tersebut, termasuk warga tempatan.

“Lokasi serbuan merupakan sebuah bangunan lebih 20 tingkat yang masih dalam pembinaan, sekali gus menyukarkan pemeriksaan.

“Sebahagian PATI cuba melarikan diri dan menyorok di bilik-bilik kosong serta kawasan tersembunyi, namun kesemua mereka berjaya dikesan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Menurut beliau, semua yang ditahan didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka terdiri daripada 66 warga Bangladesh, 12 warga Indonesia, sembilan warga Nepal, empat warga Myanmar dan seorang warga Pakistan, berusia antara 20 hingga 50 tahun.

“Kesemua telah ditempatkan di Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan lanjut.

“Kesalahan yang dikesan termasuk berada di Malaysia tanpa pas sah, tinggal melebihi tempoh, serta melanggar syarat pas yang dikeluarkan,” ujarnya.

James berkata, operasi tersebut dijalankan hasil risikan dan aduan awam berhubung kegiatan mencurigakan melibatkan warga asing di kawasan pembinaan terbabit.

“JIM Perak akan terus mengambil tindakan tegas termasuk pendakwaan terhadap majikan yang menggaji atau melindungi PATI,” katanya sambil menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan warga asing bagi membantu usaha membanteras kegiatan PATI di negeri ini.

Related Posts

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

ROBAN – Kegiatan seorang lelaki tempatan yang menjadikan jualan nombor loteri awam haram sebagai sumber pendapatan sampingan terbongkar selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pondok rehat di tebingan Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel